~Mari MengiNgatI Allah~

Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Thursday, August 6, 2009

~rona rona politik malaysia~

1.

Sekali lagi tajuk post diguna semula…. (demi menyahut seruan kerajaan atas kempen kitar semula)…. Huuuu.. atau dah takde idea……
hurm lantaklah, itu bukan persoalan dasar…. Pokoknya post kali nie, saya ingin megajak anda semua… untuk menilai dan merungkai permasalahan iklim politik dimalaysia pasca PRU-12..
yang daripada suam-suam kuku, kepada seram-seram sejuk, dan kini dah jadi sejuk beku……

2.


Isu pertama, saya terbaca posting di satu halaman blog seorang individu yang boleh saya sifatkan sebagai pengikut totok arena politik Negara, dalam artikelnya, beliau mempersoalkan janji BN yang tidak dikotakan di MANEK URAI seperti yang diperkatakan sewaktu kempen PRK Dun tersebut…… katanya sebagai kerajaan yang baik….. BN sepatutnya mengotakan janji mereka kerana BN hanya kalah dengan undi majority yang kecil.. tambahan, BN menang besar di hamapir kebanyakan peti undi dan saluran tertentu, contohnya dikawasan MANEK URAI BARU, MANEK URAI LAMA, dan beberapa kawasan peti undi lagi…….


Jawapan saya mudah…….


· Pertama, walaupun majoriti kecil, namun mandate yang diberikan oleh penduduk kawsan tersebut masih lagi milik kerajaan PAS… lagipun, PRK tersebut adalah untuk memilih Ahli Dun.. dan DUN negeri Kelantan adalah milik kerajaan PAS…… jadi dalam aspek ini… siapakah yang lebih bertangungjawab untuk membangunkan kawasan tersebut..??? KERAJAAN PUSAT ATAU KERAJAAN NEGERI???
· Kedua, mungkin akan ditanya balik, jadi ape peranan KERAJAAN PUSAT?? Mudah sahaja, KERAJAAN PUSAT menyalurkan bantuan kepada kawasan AHLI PARLIMEN, dan walaupun AHLI PARLIMEN kawasan tersebut juga dipegang oleh PAS, namun kerajaan tidak pernah menyekat bantuan kepada kawsan tersebut khasnya dan negeri KELANTAN amnya…… saya kira ini jelas memperlihatkan usaha PAS untuk menyembunyikan kegagalan mereka untuk mentadbir urus negeri dengan baik…. Lantas menuding jari kepada BN yang kononnya mendiskriminasi kawasan untuk dibangunkan….
· Ketiga, kerajaan tak pernah pon mengabaikan pembangunan di segenap pelosok kawasan di Negara kita, di KELANTAN misalnya…. Kerajaan dah wujudkan ECER (WILAYAH PEMBANGUNAN EKONOMI PANTAI TIMUR) jelas menunjukkan kesungguhan KERAJAAN BN untuk membantu rakyat…..
· Sebagai timbal balik, saya mempersoalkan… bagaimana dengan janji PAS dan sekutunya dalam manifestonya untuk menawan Selangor dulu..(rujuk gambar)… pernah ke terlaksana sedangkan dah hampir setahun memerintah ???? sehingga kini takde satu pon janji yang dikotakan.. sekadar janji tinggal janji…



. Namun ape yang berlaku, semakin banyak penyelewengan yang dilakukan oleh EXCO kerajaan negeri Selangor, contoh : mempertikaikan hukum ARAK oleh YB Ronnie Liew, penyelewengan WANG PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI, juga oleh BELIAU!!!! MENGGALAKKAN INDUSTRI PELACURAN, RUMAH URUT,KONGSI GELAP dan ARAK, juga oleh BELIAU,…. Mana pergi pejuang-pejuang PAS yang kononya memperjuangkan AGAMA????? Tak berani sebab takut hilang kuasa…… dasar CAUVANIS BUTA….

3. Isu kedua, berkaitan perhimpunan pemansuhan ISA….. didalangi oleh pemimpin pakatan PEMBANGKANG…. Yang terpekik, melalak menentang…. Kononnya AKTA ISA ini bersifat kejam…. Tapi sedar atau tidak… yang bersama-sama mereka yang menentang tu adalah DSAI….. yang masa manjadi timbalan P.Menteri dulu… dialah yang sibuk mempertahankan ISA nie…. Tapi sekarang… atas dasar kepentingan peribadi, yang semakin gila kuasa….. mungkin juga untuk mengalihkan perhatian RAKYAT terhadap isu MAHKAMAHnye yang MASIH lagi tergantung… bayangkan macammana BELIAU boleh fikirkan tentang suatu perkara lain sedangkan KES MAHKAMAH nye masih lagi tergantung,???? Sah-sah bersalah…. Macam-macam alasan…. Orang kate BERANI KERANA BENAR…. Jadi SAIFUL dan BERANI buat SUMPAH depan AL-QURAN…. DSAI bila lagi????? Sekadar meminta penangguhan dengan segala macam alasan… apa motif disebalik semua ini?? Bagi penyokongnya???? Masih lagi mengagungkan pemimpin macam nie???? Dasar #*%^……..

4. Sebenarnya banyak lagi, isu yang hendak saya bincangkan bersama…. Namun disebabkan kekangan masa…( nak bersiap ke kuliah)…. Maka saya hentikan tarian jari-jemari ini untuk member peluanga anda semua fikirkan bersama….. mungkin jika ade rezki dan kesempatan masa.. akan saya ajak anda senua berbincang lagi segala masalah politik di Malaysia ku tercinta…..

5. Akhir kata… saya tinggalkan anda dengan bait lagu warisan yang penuh makna untuk kita hayati bersama…..


Anak kecil main api,
Terbakar, hatinya yang sepi,
Air mata darah, bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang……

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesama lah kita,
Cinta lenyap diarus zaman..

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Pribumi merintih sendiri….
masa depan sungguh kelam,
kan lenyap peristiwa semalam,
tertutuplah hati, terkunci mati,
maruah peribadi dah hilang…..

kini kita hanya tinggal kuasa,
yang akan menentukan bangsa,
bersatulah hati, bersama berbakti,
pulih kembali harga diri…..

kita sudah tiada masa,
majulah dengan maha perkasa,
janganlah terlalai, teruskan usaha,
melayu kan gagah di nusantara……

Wednesday, July 8, 2009

~Akhirnya~

akhirnya...

pada 7 julai tahun 2009. maka termansuhlah dasar PPSMI yang telah berjalan hampir 5 tahun.... hasil pelbagai gerakan pemansuhan yang dianggotai oleh pelbagai golongan masyarakat baik ahli akademik, golongan sasterawan, golongan pemikir dan juga yang pasti tidak ketinggalan ahli-ahli politik baik dari kerajaan mahupun pembangkang.....

ini merupakan suatu kejayaan besar yang menunjukkan sistem demokrasi dimalaysia masih lagi mampu untuk dibanggakan...

nah!!! persetankan segala degungan suara politikus buta yang menyatakan sistem demokrasi di malaysia diambang kehancuran,.... cis..

suara-suara rakyat sering didengari oleh kerajaan didalam usaha mentadbir negara kearah kemaslahatan bersama.... contohnya, terang lagi bersuluh.. isu PPSMI... isu AUKU... isu RASUAH, dan segala macam lagi isu yang menjadi keluhan hati suara rakyat-rakyat diluar sana...... hasilnya.... PPSMI diMANSUHKAN.... AUKU diPINDA... RASUAH ditangani dengan SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA.... dan banyak lagi.....

siapa kata kerajaan hanya berdiam diri..... mungkin ada sesetengah isu dan masalah tidak ditangani secara efisien... namun cube kita beri ruang dan peluang untuk mereka para aristrokrat yang dipilih melalui suara demokrasi untuk menyelesaikannya... dan peranan kita..... bukan hanya duduk mengangkang, tapi cuba menjadi warganegara yang mampu untuk menyumbang kearah kesejahteraan bersama,....

kepada penyokong pembangkang... cuba buka mata sedikit... apa guna bertindak sebagai pembangkang namun tidak langsung menyumbang idea dan saranan untuk membangunkan negara... apa guna kita bertukar kepada sesuatu yang masih belum pasti tahap keefisienan mentadbir urus (kes kampung buah pala pon tak mampu).... bukankah lebih baik sama-sama bersatu untuk membetulkan sistem sedia ada dengan idea dan sumbang saran kearah pemantapan organisasi sedia ada.....

fikir-fikirkan.....

Tuesday, June 9, 2009

~sAlaH Guna Kuasa~

semakin hari pemikiran aku semakin sesak dek kerana iklim politik malaysia yang semakin menunjal..... keghairahan sesetengah pihak didalam pergelutan kuasa yang semakin mencodak tampak kian menggusarkan..... gejala POLITIKING yang pada asasnya menjadi agenda utama Perdana Menteri ke-6 Malaysia untuk dibanteras sebagai suatu batu loncatan penentu kejayaan slogan 1Malaysia yang di laung-laungkan tampak mempunyai sedikit kelompongan dengan insiden-insiden yang memang memalukan......

insiden perebutan kuasa oleh presiden atau boleh kita kata sebagai presiden-presiden (plural : presidens) Parti Progressif Penduduk (PPP) antara T murugiah dan M Kayveas memang memalukan, lebih-lebih lagi parti ini merupakan parti komponen Barisan Nasional dan juga salah seorang daripada mereka merupakan barisan menteri didalam senarai kabinet yang dikatakan menjunjung tinggi nilai 1Malaysia......

hurm... patut ke semua ini berlaku.... pasal jawatan presiden parti pon leh sampai hantar peluru sebagai ancaman..... huh.. dasar gile kuasa...

tapi..... jom kite tinjau ape plak masalah pihak pembangkang nie.... (PR) la... tapi kisah ini meletakkan mereka sebagai kerajaan.. iaitu di selangor... apabila mereka merupakan kerajaan negeri.... sedar tak sedar sudah menjangkau usia setahun lebih kerajaan pakatan rakyat memerintah negeri selangor..... namun mereka tidak bertindak sebagai kerajaan yang baik....

di kajang sahaja... mereka asyik-asyik menyalahgunakan kuasa yang mereka ada dengan mengeksploitasi segala kemudahan dan fasiliti infrastruktur untuk melakukan ceramah dan forum yang kononnya untuk menerangkan segala konspirasi-konspirasi mainan kerajaan pusat.... di MPKJ misalnya.. forum tentang SKANDAL PKFZ... forum tentang penerangan KONFLIK PERAK.... dan sebagainya.... namun sebaliknya... maksud tersirat yang sedang berlegar didalam setiap penganjuran program merupakan untuk menyampaikan dakyah dan propaganda mereka untuk kepentingn politik mereka.....

adakah ini tindakan yang baik oleh pihak yang digelar kerajaan... sepatutnya sebagai kerajaan mereka seharusnya lebih menumpukan kepada pembangunan baik dari segi material mahupun sahsiah... bukannye masih lagi menyampaikan dakyah dan propaganda mereka.... itu sewaktu pilihanraya mungkin relevan.. namun apabila telah dipilih oleh rakyat untuk mentadbir urus negeri dengan baik,.... sepatutnya mereka lebih menumpukan bagaimana untuk menjana pendapatan negeri.. bukan kearah mana harus mereka membelanjakannya demi kepentingan politik mereka....huh...

tuntasnya... iklim politik malaysia hari ini sememangnya berada diambang la nina menuju el nino... baik daripada BN mahupun PR... maka... wahai ahli-ahli politik.... kini merupakan masa untuk kembali menumpukn perhatian kepada pembangunan negara... bukan pembangunan akaun peribadi, tidak untuk pembangunan rumah sendiri, tidak juga demi mengumpul harta yang cukup untuk makan 7 generasi.... selami dan selidiki masalah kami... bukan sekadar duduk menggoyang kaki setelah perut diisi dengan hasil korupsi......

renung-renungkan.. dan selamat beramal..

Wednesday, May 27, 2009

~rona rona politik malaysia~

politik malaysia aku rasa memang tak kan reda... habis satu masalah timbul satu lagi masalah.... yang aku rase seburuk-buruk permainan politik di mugambe tau mozambique sekalipun, ahli ahli politik kat sane tau jugak nak rehat daripada terus mencetuskan kontroversi dan lebih mementingkan usaha membangunkan negara dan sebagainya.........

tAPi kat negara MALAYSIA yang disayangi ini.... ahli-ahli politiknya macam dah terlebih dos maajun ubat kuat hasil jualan DO RE MI dulu...... yang sejak abis je pilihanraya umum setahun lepas.... macam-macam lagi permasalhan yang tak sepatutnya timbul daripada golongan wakil-wakil rakyat yang berilmu pengetahuan yang tinggi (kalau ye tinggi la).....

tengok sahaja obama... walaupun diawal kempennya macam-macam bende keluar... tapi bile dah jadi presiden... pihak lawan die tak de banyak bunyi..... diam dan akur... di india.... ok je.... takde plak aku dengar macam2 cerita.... (atau mungkin CNN malas nak tulis berita la).... tapi kat malaysia nie... huh.. pentas politik lebih menarik daripada pementasan teater puteri gunung ledang.... macam macam cerita.... persidangan ala-ala negeri pasir berdengung (baca : cerite laksamana Do Re Mi).... pesta pilihanraya kecil yang tak sudah-sudah seumpama pesta party tupperware..... kes "singh is king" (takde kene mengena dengan entri sebelum nie).... kes anak singh pun nak menjadi king...... kes rasuah politik wang... kes PPP yang presidennye yang dua2 kemaruk kuasa....

dan yang paling aku tak boleh terima.... MOGOK LAPAR.... adoi..... elok-elok negara makmur rezeki melimpah ruah.... ade jugak yang nak bermogok lapar.... kalau orang-orang afrika yang memang kebuluran tu tau yang ahli politik malaysia nie pon nak berlapar macam diorang.... aku rase diorang pun mesti ade hati nak jadi ahli politik kat malaysia nie... apakah.????
mana kredibiliti seorang ahli politik malaysia sekarang nie???? dah takde kerja ke sampai nak bermogok-mogok lapa nie.... adei....

felik bin ajaib...... kan.... aku rase satu dunia tengah gelak kan kita... sebab sistem politik malaysia yang konon-kononnya sedang bersiap untuk mencapai sebuah negara maju telah melahirkan ahli politik yang sekadar tangkap muat dan lebih menggilakan jawatan berbanding untuk membantu rakyat dan memajukan negara...... konon wawasan 2020... tapi golongan pemimpin masih di zaman 20-an..... adus...

permainan politik pakatan rakyat yang kononnya jaguh dimata rakyat,.... pembela nusa dan bangsa... penyelamat tatkal kelemasan dan pelindung diwaktu susah..... ha... tengok lah wahai mereka yang mengagung-agungkan pakatan rakyat nie.... adakah nasib kalian dibela... atau nasib mereka yang kalian bela...... hah...

orang kate hipokrit tu sifat mereka-meraka yang lahanat.... yang berperangai macam "CIS".....
dan cis itu lah yang sedang bersarang dihati ahli-ahli pakatan nie.... bile keputusan mahkamah menyebelahi mereka..... "owh sistem kehakiman memang telus dalam membuat keputusan" "kebenaran sudah terbukti" "kredibiliti badan kehakiman disanjung tinggi"...... tapi... bile keputusan tak menybelahi mereka..."owh sistem kehakiman memang sial" "keputusan telah diatur kerajaan" " hakim telah dibayar" dan sebagai nye,....
ha,..... memang CIS..........

sudah-sudah lah tu....... cukup cukup la bermain wayang..... berkerja lah....
janji anda semua kepada rakyat untuk bersama-same membangunkan negara, membela nasib, memperjuangkan hak dan sebagainya...... jadi .... jangan jadi macam beruk kena belacan.....

Sunday, April 19, 2009

~politik Malaysia yang kucar~

SEDIH.....

itulah perasaan yang sedang bermain di benakku tatkala ini setiap kali membaca akhbar...
perasaan sedih tentang kisah kematian nurin jazlin yang mati dibunuh kejam lepas diculik, timbul pula kisah kehilangan adik sharlini yang ntah kat mana sekarang nie.... mungkinkah kes yang sama akan berulang sekali lagi.... sama-sama lah kite pikir..... (pak polisi, jalankan kerja cepat, jangan asyik menjalankan perut!!!!!!!)

tapi itu bukan persoalan utama... ape yang lebih menyedihkan apabila menyelak (sebenarnya tak selak pun sebab baca akhbar versi digital) ke ruangan politik.... bahang krisis ekonomi yang melanda dunia hari ini seperti tak terasa kepanasannya apabila bahang iklim politik malaysia lebih panas.... mana tak nya.... sejak kekalahan "besar" barisan nasional mac tahun lalu, sehingga sekarang, masih belum reda lagi politik ni di malaysia nie..... bayangkan.. dah setahun lebih.... ahli-ahli politik malaysia nie masih lagi "bergelut" sesama sendiri untuk menunjukkan kepada seantero malaysia parti bawaan siapa yang lebih hebat..... sedangkan di amerika.. pilihanraya presiden barack obama pun yang hanya dinaik awal tahun nie.... pun dah bermacam-macam agenda dilaksanakan, daripada pelan ransangan ekonomi tambahan yang bernilai hampir 2 billion..... sehingga memperbaiki hubungan amerika dan dunia islam.... macam macam dah ..... tapi kat malaysia..... x sudah-sudah.... dalam masa setahun nie... lebih daripada 5 pilihanraya kecil.... kalau bekas penyandangnya meninggal dunia boleh lah diterima... tapi.. yang meletak jawatan sesuka hati nie... ape cer???

pun begitu.... ade sesetengah pihak yang kata itulah melambangkan kesuburan demokrasi....
hello.... KEPALA H***K korang kesuburan demokrasi..... bagi saya ini melambangkan kedangkalan, kejumudan dan kebahL*Lan sesetengah pemimpin politik di malaysia sekarang.....

"hei ahli-ahli Fo0litik yang ada di malaysia.... kami memilih bukan untuk korang bertelagah sesama korang merebut sape yang lagi hebat dan banyak mengaut harta kami.... tapi untuk sama-sama membangunkan negara".... DONGOT!!!!!!

tapi kita tak jugak boleh mempersalahkan ahli-ahli politik nie jugak.... rakyat-rakyat pun ade jugak yang jumud dan dongot..... mana tak nye.... kesan tabiat-tabiat yahudi barat dan juga perangai s**lan kafir quraisy dulu semakin menular..... dulu.. bangsa timur (termasuk malaysia) terkenal dengan ketinggian budi bahasa.... caci-maki, kutuk mengutuk, fitnah memfitnah akan menjadi si pelakunya diletakkan sebagai manusia (kalau layak dipanggil manusia) di taraf yang amat keji..... apatah lagi jika berjanji tapi tak ditepati...(tabiat orang yahudi yang kasta di neraka lagi bawah dari kafir)....... tapi kini.... segolongan yang cerdik pandai..(???) mengagungkan pemimpin-pemimpin mereka kerana memiliki segala sifat sifat LAH***T nie....

lebih BON**K lagi.... ada sesetengah rakyat mel;aysia yang sampai sekarang masih lagi terbawa-bawa dan terikut-ikut perangai kafir quraisy (zaman jahilliah) dulu yang menyembah berhala secara MEMBUTA TULI..... tapi yang nie lagi teruk.... sekarang ni.. golongan-golongan yang kununnya inginkan "perubahan" ,"kepimpinan" dan "pentadbiran" yang berlandaskan keADILan dan keISLAMan, mereka "menyembah" dan mengagungkan pemimpin mereka secara MEMBABI BUTA... (lagi teruk)seakan-akan mereka lah insan terhebat serta terpelihara dari segala noda dan dosa..... MAKSUM kata lainnya... mereka nie seakan-akan telah dibutakan mata, dipekakkan telinga untuk menilai mana yang intan (korundum) mana yang kaca (silika).... seakan-akan, mereka lebih suka kapada pemimpin yang lebih pandai menghina, mencaci, memfitnah dan segala macam lagi me... (yang mazmumah) daripada pemimpin yang menJANJIkan kemudahan dan pembangunan (dapat dilaksanakan dan dikotakan).....

"hei pengundi-pengundi sekalian, butakah mata korang, pekak kahtelinga korang untuk menilai... atau sengaja buat-buat pekak dan buta....."

sudah lah... biar ape pun fahaman politik kita.. samada lurus atau songsang... samaada nak mengagungkan "sipembunuh yang mungkin difitnah" atau "sipeliwat yang sudah insaf sebab dipenjarakan" (INSAF???) atau "Ulama yang lama bertakhta" (dulu kate mahathir nak menongkat langit.. tapi.. lepas dua orang yang ganti mahathir... die masih kat atas.. NAK TONGKAT APE PULAK TU USTAZ???)..... yang penting kita jangan biarkan ketuanan melayu diperkosa, kedudukan sultan kita dipersenda, dan agama kita dilawak jenaka...... bangunlah... tumpukan gerak kerja untuk kemaslahatan kita bersama.... tak kisah lah slogan ape yang kita pilih...... "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM", "KEADILAN UNTUK SEMUA", " 1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PRESTASI DIUTAMAKAN"..... yang penting MALAYSIA UNTUK SEMUA......

Thursday, April 9, 2009

~kabinet baru kabinet rakyat~

tepat jam 3.30 ptg 9 april 2009. seramai 28 menteri kabinet serta 40 timbalan menteri kabinet baru kerajaan diumumkan oleh Y.A.B Dato Seri Najib Tun Razak di Putrajaya..... pelbagai kejutan yang sudah atau tidak dijangka langsung oleh rakyat termeterai sudah..

Lapan menteri yang digugurkan ialah Datuk Seri Syed Hamid Albar (Dalam Negeri), Datuk Seri Azalina Othman Said (Pelancongan), Tan Sri Muhammad Muhd Taib (Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Datuk Amirsham A Aziz (Jabatan Perdana Menteri - JPM), Datuk Ong Ka Chuan (Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Datuk Mohd Zin Mohamed (Kerja Raya), Datuk Seri Zulhasnan Rafique (Wilayah Persekutuan) dan Datuk Shahrir Abdul Samad (Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) yang meletak jawatan berkuat kuasa kelmarin selepas kalah dalam pemilihan Umno, bulan lalu.

Tujuh muka baru pula termasuk dua Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan Datuk Kong Cho Ha yang dinaikkan pangkat, masing-masing sebagai Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Tiga lagi ialah Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Menteri di JPM bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Perpaduan dan Pengurusan Prestasi), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Menteri di JPM bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Agama Islam) dan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Menteri Wilayah Persekutuan). Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil serta bekas Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Anifah Aman pula kembali menyertai Kabinet. Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno, memegang portfolio sama, manakala Anifah sebagai Menteri Luar. Shahrizat, Dr Koh yang juga Presiden Gerakan dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Raja Nong Chik (Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai) serta Jamil Khir (bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera), mengangkat sumpah sebagai Senator, petang semalam.
Seramai 14 menteri bertukar portfolio, iaitu Muhyiddin (Perdagangan Antarabangsa dan Industri ke Kementerian Pelajaran), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Kewangan ke JPM), Tan Sri Bernard Dompok (JPM ke Perusahaan, Perladangan dan Komoditi), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Pelajaran ke Dalam Negeri), Datuk Seri Dr Rais Yatim (Kementerian Luar ke Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan), Datuk Peter Chin Fah Kui (Perusahaan, Perladangan dan Komoditi ke Tenaga, Teknologi Hijau dan Air), Datuk Seri Shafie Apdal (Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ke Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Datuk Mustapa Mohamed (Pertanian dan Industri Asas Tani ke Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Dr Ng Yen Yen (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ke Pelancongan), Datuk Noh Omar (Pembangunan Usahawan dan Koperasi ke Pertanian dan Industri Asas Tani), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (JPM ke Pertahanan), Datuk Shaziman Abu Mansor (Tenaga, Air dan Komunikasi ke Kerja Raya), Datuk Ahmad Shabery Cheek (Penerangan ke Belia dan Sukan) dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Belia dan Sukan ke Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna). Tujuh lagi menteri mengekalkan portfolio masing-masing, iaitu Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (JPM), Datuk Ong Tee Keat (Pengangkutan), Datuk Seri Khaled Nordin (Pengajian Tinggi), Datuk Dr Maximus Ongkili (Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Douglas Uggah Embas (Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Liow Tiong Lai (Kesihatan) dan Datuk Dr S Subramaniam (Sumber Manusia)
Daripada 40 timbalan menteri pula sembilan adalah muka baru, iaitu Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Rashid Shirlin (Kesihatan), Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim (Belia dan Sukan), Dr Puad Zarkashi (Pelajaran), Datuk Dr Awang Adek Hussein (Kewangan), Heng Seai Kie (Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan), Datin Paduka Chew Mei Fun (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Datuk Lee Chee Leong (Kementerian Luar) dan Ahmad Maslan (JPM).
Seramai 18 timbalan menteri bertukar portfolio, manakala tiga digugurkan, iaitu Timbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Teng Boon Soon; Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad.


Datuk Seri Najib Razak : Perdana MenteriMenteri Kewangan

Tan Sri Muhyiddin Yassin : Timbalan Perdana Menteri / Menteri Pelajaran
MENTERI

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Prestasi)
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen)
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancangan Ekonomi) Senator Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Datuk Ahmad Husni Hanadzlah : Menteri Kewangan II
Datuk Seri Hishammuddin Hussein : Menteri Dalam Negeri
Datuk Mustapa Mohamed : Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi : Menteri Pertahanan
Datuk Anifah Aman : Menteri Luar Negeri
Tan Sri Bernard Dompok : Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin : Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Noh Omar : Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Maximus Ongkili : Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Datuk Seri Dr Ng Yen Yen : Menteri Pelancongan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin : Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Douglas Uggah Embas : Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Ong Tee Keat : Menteri Pengangkutan
Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil : Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Liow Tiong Lai : Menteri Kesihatan
Datuk Peter Chin Fah Kui : Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Datuk Shaziman Abu Mansor : Menteri Kerjaraya
Datuk Seri Dr Rais Yatim : Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
Datuk Dr S Subramaniam : Menteri Sumber Manusia
Datuk Ismail Sabri Yaakob : Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Seri Shafie Apdal : Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Kong Cho Ha : Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Ahmad Shabery Cheek : Menteri Belia dan Sukan

TIMBALAN MENTERI
Datuk Liew Vui Keong : Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim : Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk S K Devamany : Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Ahmad Maslan : Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
T Murugiah : Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Chor Chee Heung : Timbalan Menteri Kewangan
Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein : Timbalan Menteri Kewangan
Jelaing anak Mersad : Timbalan Menteri Dalam Negeri
Datuk Wira Abu Seman Yusof : Timbalan Menteri Dalam Negeri
Datuk Mukhriz Mahathir : Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Jacob Dungau Sagan : Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad : Timbalan Menteri Pertahanan
Datuk Lee Chee Leong : Timbalan Menteri Luar Negeri
Senator A Kohilan Pillay : Timbalan Menteri Luar Negeri
Datuk Hamzah Zainudin : Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
Datuk Saifuddin Abdullah : Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Dr Hou Kok Chung : Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Johari Baharom : Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Datuk Rohani Abdul Karim : Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Fadillah Yusof : Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Datuk Seri Sulaiman Rahman Abdul Taib : Timbalan Menteri Pelancongan
Datuk M Saravanan : Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
Tan Sri Joseph Kurup : Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Abdul Rahim Bakri : Timbalan Menteri Pengangkutan
Datuk Robert Lau Hoi Chew : Timbalan Menteri Pengangkutan
Senator Datin Paduka Chew Mei Fun : Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin : Timbalan Menteri Kesihatan
Noriah Kasnon : Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Datuk Yong Khoon Seng : Timbalan Menteri Kerjaraya
Datuk Joseph Salang Gandum : Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
Senator Heng Seai Kie Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
Senator Datuk Maznah Mazlan : Timbalan Menteri Sumber Manusia
Datuk Tan Lian Hoe : Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Joseph Entulu anak Belaun : Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Hassan Malek : Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Lajim Ukin : Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Razali Ibrahim : Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Wee Jeck Seng : Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi : Timbalan Menteri Pelajaran
Datuk Dr Wee Ka Siong : Timbalan Menteri Pelajaran



Wednesday, January 28, 2009

secebis kata luahan hati lontaran kalbu......

saya rase terpanggil kembali untuk menulis entri yang ketiga sepanjang saya menceburkan diri didalam arena memblogging ni.... walaupun masih baru namun tak pe... orang k.l kate pelan2 kayuh...... saya ingatkan takde orang yang bermnat nak membaca blog yang tak seberapa nie.... tapi rupe-rupenya ade... alhamdulillah walaupun mungkin tak sampai 10 orang... sekurang kurang nya, nukilan saya mendapat perhatian........
entri tentang palestin menang.... baru baru nie sya ingat kan akan menjadi luahan hati saya semata, namun rupenye telah mencuit sedikit perhatian seorang hamba Allah..... terlebih dahulu terima kasih diucapkan diatas komen yang membina.... namun terdapat satu dua perkara yang menarik perhatian saya tentang komen beliau.... begini lah..... sedari awal biarlah saya melakukan sedikit tekaan.... mungkin serkap jarang barangkali.... mungkin saudara yang meninggalkan komen tersebut lebih berlatarbelakangkan agama dan mungkin sekali berkecimpung dalam arena politik 'PEMBANGKANG'.... dan saya lebih kearah 'KERAJAAN'... namun itu tidak bermaksud saya tidak berlatarbelakangkan agama.....
baiklah.... jom kite selusuri satu persatu permasalahan yang ditinggalkan oleh saudara tadi.... yang pertama beliau menukilkan pendapat yang kononnya media arus perdana hari ini d kuasai oleh kerajaan... lantas segala laporan dan paparan yang ditampilkan oleh media tersebut bersifat 'bias' yang kononnya bermotifkan untuk memecahbelahkan pakatan pembangkang.... baik.... jawapan pertama... memang media hari ini dikawal oleh kerajaan dibawah kementerian penerangan.... namun setiap ape yang diterbitkan dan disiarkan masih tertakluk di bawah akta hasutan dan akta suruhantaya komunikasi.... maka tiada satu pun berita yang berbaur menghasut rakyat dan mendedahkan kelemahan pembangkang sehingga dapat memecahbelahkan pakatan pembangkang.... kalau ada pun yang mendedahkan kelemahan tadbir urus pembangkang ianya hanya sekadar untuk melaporkan kejadian yang berlaku di dalam negara..... namun,..... kita lihat media alternatif bawaan pambangkang.... harakah misalnya.... lebih banyak menyiarkan perkara-perkara yang menghentam kerajaan, mengutuk pemimpin, dan sebagai nya.. sampai kadang2 saya malu untuk membacanya didepan rakan rakan bukan melayu... keran akhbar tersebut memang semata mata bermotifkan mungutuk kerajaan dan jelas menampakkan kepincangan dan keretakan bangsa kita.... suara keadilan..... dan segala mcam lagi... kalau kita selidik... tiada satu pon akhbar yang ditulis oleh bangsa lain selain bangsa kite nie yang menghentam sesama bangsa walaupun berlainan fahaman politik....nah.. sekarang media bawaan siapa yang lebih 'LAHANAT'..... kemudian saudara nie kate lagi banyak perubahan telah dilakukan oleh kerajaan pakatan rakyat tapi tak diberitau.... baik... saya cabar saudara nie.... senaraikan 10 perubahan yang telah dilakukan oleh kerajaan pakatan rakyat setelah hampir setahun memerintah negeri masing-masing.... dan buktikan bahawa kandungan manifesto pakatan rakyat dahulu telah dilaksanakan...???
persoalan kedua, saudara nie berkata konon nya banyak penceramah2 agama dihalang drpd memberikan ceramah kerana mereka orang pas...... nie pun ntah btol ntah tidak...... yang saya tengok.... makin banyak cd2 rakaman ceramah yang disampaikan oleh ustaz2 yang katenye pas nie terjual di masjid2... siap ade yang menyanyi lagi sesuka hati mengutuk kerajaan...... inikah penceramah terkemuka konon nya..... nak bercakap tentang islam tapi dalam masa yang sama mengutuk pimimpin..... inikah ajaran Rasulullah.... setahu saya... rasulullah kate taati lah pemimpin kamu selagi mane pemimpin itu tidak mengajak kepada kemungkaran.... ha.... jadi sekrang.... pikir2 kan lah....
persoalan ketiga tentang isu BN menolak hukum hudud..... yang konon nya BN memperlekehkan hukum ALLAH..... nauzubillah..... baik persoalan pertama.... adakah dengan menolak hukum hudud tersebut terus dijatuhkan hukuman menolak agama..... kalau begitu kite semua satu malaysia tergolong dalam golongan yang menolak agama... sebab kita masih lagi tak implement hukum hudud nie.... imam masjid negara pun masok skali dalam kategori nie.... sebab die pon orang BN..... camtu?????? orang kate berfikir sebelum berkata...... kita duduk dalam negara berbilang bangsa.... mesti kene ade tolak ansur..... bukan lah kite terpakse bertolak ansur sehingga menjatuhkan hukuman bahawa kita bersikap sekular... dan saya yakin... kalaupun PAS dapat memerintah satu hari nanti pon.... hukum hukum hudud nie pon akan tetap ditentang oleh rakan sepakatan dengan diorang......
jangan terlalu mudah menghukum orang lain kafir, munafik, sekular, dan segala macam lagi tanggapan hanya kerana amalan agamanya kurang berbanding kita..... mungkin amalan kita yang banyak nie pun belum tentu kita dapat menjadi muslimin yang unggul..... sedar lah..... saya bukan bercakap demi perjuangan bangsa... namun perjuangan agama yang konon nye dijulang oleh segelintir pihak.... adakah ianya benar2 perjuanagan islam sebenar...???? adakah islam mengajar kita untuk berbalah sesama saudara..... adakah islam mengajar kita untuk mengutuk pemimpin yang bertindak atas jalan yang btol... adakah islam mengajar kita untuk mengkafirkan sesama islam...... dan adakah islam mengajar kita agar berpecah belah... saudara..... mungkin ilmu agama saya tidak sedalam ilmu agama saudara.... namun ingat lah bahawa islam itu indah dan mudah..... jangan hanya disebabkan fahaman politik yang disempitkan oleh segelintir pihak.... menyebabkan agama, bangsa kita dipandang randah oleh bangsa dan agama lain..... ingatlah firman ALLAH : "dan berpegang teguhlah kamu dengan tali ALLAH dan jangan lah kamu bercerai berai.."
saudara, ketahui lah... bahawa PAS dan UMNO yang sama-sama memperjuang kan bangsa melayu dan agama islam pernah memenangi semua kerusi parlimen yang dipertandingkan pada pilihanraya umum yang ketiga.... dan waktu itu kita mempunyai kuasa yang cukup kuat untuk membangun kan bangsa dan agama kite... kerana apa.???? sebab kita bersatu demi kepentingan bersama.... namun.... akhirnya... PAS keluar daripada BN kerana ingin membawa haluan sendiri..... akhirnya.... siapa yang rugi...?????
BANGSA dan AGAMA kita....

Monday, January 19, 2009

palestin menang....!!!!!!!

saya terpanggil untuk membaca artikel yang disiarkan oleh utusan malaysia...... "israel menang" konon...... ntah ape yang menang pon masih saya pikirkan sampai skang..... kalu setakat berjaya membunuh orang awam yan tak kira sape.... laki ke, pompuan ke, budak kecik pon diorang nak bunuh... hampir dekat 1200 orang dah diorang bunuh,.... tu yang diorang kate menang.... puih....menang taik kucing.... nampak sangat dayus nye israel nie...... tak kire mase.... siang ke... malam ke..... time orang tgh solat ke.... suke hati mak bapak diorang je..... dah la x tentu mase.... semu tempat dibomnye... rumah... hospital... skolah..... sampai pejabat PBB pon diorang nak bom... x ke gile name nye..... tapi yang paling saya geram nie..... masjid pun kena bom..... memang gampang..... lahanat tahap babi....selama2nya haram..... tapi kat malaysia lain plak cite nye...... PALESTIN menang beb... btol..... gua tak tipu....dua hari sudah.... pilihanraya kecil P36 kuala terengganu...... pakatan rakyat(rakyat sangat ke) yang diwakili oleh PAS menang mengatasi calon BN... bukan skit beb..... dulu time arwah datuk razali menang dulu kawan mat sabu pun majoriti 600 lebih je... skang nie.... menang.. majoriti dekt 2500 beb..... than mesti korang tertanya2 kan... ape kena-mengena PAS menang ngan palestin..... hurm itulah... "kamu semua nie kurang membaca lah"(ayat dr ramzah)... time kempen diorang haritu... "hero" pakatan rakyat....(konon)..... si anwar ibrahim.... suke2 hati nak sama kan BN cam israel.... Pakatan Rakyat cam palestin... konon nye selama nie diorang ditindas oleh BN.... tapi kalau kite pk2 balik..... sape yang tindas sape...... sepanjang kempen... Pakatan Rakyat.... yang kononnya palestin nie... sekonyong-konyongnye berkempen dengan mengutuk kerajaan... sebar fitnah ... kononnya calon BN nie..datuk wan farid kaki karaoke..... suke berfoya2....BN trok... tindas rakyat... duit subsidi minyak tak sampai ke rakyat... itu ini... bagi diorang diorang lah dewa.... bebas dari segala macam kesalahan dan konon2nye "maksum"..... bukan pilihanraya nie je.... masa pilihanraya umum mac lepas, kat permatang pauh... cam tu gak cite nye.....mengutuk, menghina.... segala yang x elok tu la BN.... yang indah, cantik, xde cacat cela.... ha tu PAKATAN RAKYAT..... hurm... saya pon terpikir..... ape yang hebat sangat kempem pembangkang nie.... sampai leh menang besar .... kire hebat juga la kan ..... atau mungkin memang dah peel masyarakat malaysia yang lebih gemarkan ceramah kempen jenis macam nie..... aduss.... mentaliti masyarakat kite.... ape yang diorang pk untuk pilih jadi wakil rakyat diorang pun saya tak tau... kalau nak tgk dari sudut profil calon.....datuk wan farid jaoh lebih baik dari mohd wahid endut.... tapi mungkin dari segi akademik je la... maybe pengalaman mengatasi segala2nya dalam dunia politik.... ye la... md wahid endut nie dah dekat 5 penggal jd adun kat wakaf mempelam.... berbanding dengan datuk wan farid....jadi for sure orang lebih kenal dan lebih banyak pengaruh..... tapi itubukan permasalahannya..... yang penting survival BN semakin hari semakin terdesak.... dan sebagai anak bangsa yang mencintai negara.... saya tak rela parti yang pernah membawa negara ke arah kemerdekaan dan memacu negara kerah kemajuan seperti sekarang menjadi pembangkang suatu hari nanti.... semoga BN terus relevan dan berdaya saiang demi survival bangsa di masa hadapan..... dan saya YAKIN dan PERCAYA... bahawa PAKATAN RAKYAT tak mampu untuk membela nasib MALAYSIA di masa akan datang apatah lagi nak membela nasib bangsa MELAYU macam saya.....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...