~Mari MengiNgatI Allah~

Showing posts with label sosial. Show all posts
Showing posts with label sosial. Show all posts

Friday, May 8, 2009

~adus~

apakah ???

persoalan yang bermain di benakku...

hari ini tatkala aku membaca surat khabar.. pelbagai cerita, kisah, laporan dan berita terkandung didalamnya.... tapi yang menarik minat dan mata ku untuk terus membaca (walaupun mengantuk sebab tgk bola malam semalm) aku gagahi jugalah untuk membaca.. sudah pasti berita paling hangat di dada akhbar.. pasal kes ragut yang telah menyebabkan seorang wanita mengandung, nenek tua dan wanita yang tak berdosa mati.......

apakah???

aku terfikir.. siapakah manusia durjana yang berperangai setan dan lahanat yang melakukan segala bencana nie.... mana letaknye otak diorang nie..... ibu yang mengandung pun diorang nak ragut..... kalau takat ragut je tak kesah la... (aku bukan menyokong kes ragut) tapi sampai menyebabkan kematian keatas ibu tu ape kes..... tak penah ke diorang nie berfikir kalau mak diorang yang kene ragut tu dan mati.... apa perasaan diorang,..... lagi satu kes di pulau pinang seorang nenek tua yang umur dah mencecah 80-an.... dipukul sehingga mati akibat menyelamatkan anaknye yang diragut,.. adoi... nie sah2 peragut bacul.... nenek tua pun nak pukul.... seb baik die pukul je, kalau die rogol sekali nenek tua tu memang dasar binatang.... denagn nenek tua pun konek stim tak tentu pasal..... takde otak ke diorang nie..... aku rase mungkin si durjana peragut nie dikurniakan super power la.... boleh tinggalkan otak jap kat rumah.... tu pasal mase diorang meragut tu tak leh pikir dengan sempurna.... sebab otak diorang ditinggalkan kat memane dulu... (mungkin kat dalam jamban)....... BODOH!!!!...

WOI setan..... lebih baik ko mati la daripada menyusahkan hidup orang lain..... tolonglah.... malaysia nie punye la banyak kerja.... kerja bangsat tu jugak ko nak buat... kalau tak menyusahkan orang lain takpe.... cuba ko pergi ragut mak bapak korang, nenek korang ke.... pastu ko pukul sampai mampus..... kan lagi elok... paling2 tidak keluarga sendiri... takde nyusahkan orang lain......

apakah??

jadi siapa yang harus kita persalahkan.?? kite, diorang, kerajaan, mak bapak diorang, atau tuhan sebab mentakdirkan hidup diorang macam tu......??? mesti tidak... aku rase yang paling bersalah komfem la diorang sendiri kan,.... siape suruh jadi setan.... bangang tak tentu pasal....

apakah???

aku mengharap agar gejala nie tidak semakin serius.... anak2 muda sekalian... janganlah kita terus membodohkan diri sendiri.... bangunlah... jadilah golongan yang lebih bermanfaat kepada semua... bain diri sendiri, keluarga, agama, bangsa, negara dan sesiapa je la,.... kepada bapak polisi.... bekerjalah sebaik mungkin.... jangan biarkan binatang2 peragut durjana nie terus berkeliaran kat dalam negara kite... tangkap dan camppak kat kepulauan madagascar... ha.. kat sane bior diorang tau... nak ragut sangat,... ko ragut lah beruk, badak, harimau, dan segala macam lagi binatang yang ade.. tak pun anta diorang kat padang ragut lembu new zealand... ha.. ragut rumput sekali dengan lembu2 tu... dah memang diorang pon sepesen dengan lembu... otak ade tapi bahlol.....

Tuesday, April 21, 2009

~Mahasiswa Kita~

sentap....

itu lah yang dapat aku katakan bile terlihat sesuatu yang di luar jangkauan minda.....


alkisah.....

sabtu dan ahad lepas.... kami pelajar2 geologi nie ade la fieldwork... jadi dengan rasa berat hati...
(sebab exam dah dekat... study week tu...) kami pergi la juga...

jadi ape yang sentapnye!!!!!!!

mase duduk kat dalam bas tu.... (bas UMS yang tak perform tu la...), aku seperti biase... duduk kat sit paling blakang la.......


nah tuu dia..... pemandangan yang aku rase tak selayak nye berada didalam bas UMS nie....

kalau bas awam aku consider la juga sebab yang naek tu ade yang perangai cam beruk.... tangan tak reti dok diam... gatal tak dapat garu jubo.... maka menconteng la jawabnye...... tapi...

kalau kat dalam bas UMS nie... ape kes....??? beruk mane yang naek bas UMS nie..... nak kate beruk dari IBTP.. setahu aku takde plak IBTP bela beruk... kalau dari IPMB lagi la lari court.... ntah la... aku pun tak tau nak cakap.....

kepada BERUK-BERUK sekalian.... kalau korang rase korang tu layak dipanggil mahasiswa.... jangan la mempamerkan kelakuan beruk korang tu kat UMS nie..... simpan2 la..... time cuti nanti... kat rumah2 korang.. ha memberuk la... takde sape kesah.... nie BAS UMS.... BUKAN BAS OMO atau BAS TUT......

pamerkanlah kelaku mahasiswa sikit..... ADOI!!!!








PATUTKE BENDE NIE TERJADI DALAM BAS UMS!!!???

Tuesday, March 10, 2009

~ErtI MelAyu~



Melayu


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenakaBudi
bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan


Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak


Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)


Dalam sejarahnyaMelayu itupengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara


Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual


Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali


Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri


Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak


Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing


Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut

Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;


Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka


-Nukilan : Usman Awang-

Thursday, January 29, 2009

~Emansipasi Melayu Ku~

aku lihat layu didalam
melayu.....


aku pasti bukan ku sahaja yang nampak,
ada juga yang bercadang bertanya tuan punya,
tapi bercampur risau dan tak tergamak.....
nanti dikata tak bersyukur dikata tak sedar diri....
jadi aku menyendiri, memerhati, dan akhirnya mengakui...
yang kita sendiri membiarkan bunga raya melayu ke kanan....
dan membiarkan bunga tak cantik mekar di kiri...

aku lihat layu didalam
melayu.....


tanah air kita yang punya, kita siram, kita baja...
tapi angin api kita lupa.... mereka merancang menjilat bangsa......
13 harimau bertukar menjadi mangsa....
kita lupa....
nenek moyang kaya raya, jangan sesekali digadai harta bendanya....
kulihat layu didalam melayu......


tak kan melayu hilang didunia...
tapi ape guna tak hilang didunia jika kewujudannya tak dirasa, tak bermakna......
petah berbahasa namun kudrat tak berjasa....
orang berbudi kita hanya tau merasa.....
selalu lari bila di rapat, selalu malu bila soalan diaju ;
selalu segan memberi pandapat, rela mengikut daripada meneraju.....
belum menyanyi dah bersorak,
suka berjanji dalam borak...
bukan kata tak ada otak, cuma tak berfikir diluar kotak......


kulihat layu dalam
melayu...

kulihat layu dalam
melayu....

kulihat layu dalam
melayu.....

aku jadi sayu., bunga menangis dia mendayu....
mahu jadi cantik tapi ragu...
owh, aku merayu...
bangunlah semula hidup kembali,
jangan tunggu matahari mati,
cepatlah mekar sebelum terlerai

kerna........
perjuangan kita masih
belum selesai........

Saturday, January 17, 2009

palestinku......





Didalam keadaan fokus seluruh dunia yang lebih terjurus kearah kelahanatan rejim binatang zionis yang membedil sesuka mak bapak diorang perasan kononnye dioranglah pejuang keamanan dunia yang ditunjangi oleh amerika syarikat... kita semua saudara seislam seluruh dunia hanya mampu menghulurkan bantuan yang mungkin langsung tidak dapat membantu rakyat palestin.... berdemonstrasi, kutip tandatangan atas kain yang panjang berjela.... itu ini.... melalak tak tentu pasal..... namun dlam masa yang same diorang yang berada di palestin.... masih lagi diburu peluru-peluru sesat..... dihujani mortar... tanpa mengira tempat... mangsa..... masa dan segala-galanya..... namun itu sahaja sumbangan yang dapat kita hulurkan daripada pihak yang mungkin tidak dipedulikan langsung oleh kuasa kuasa besar dunia yan menganggap mereka lebih bertamadun dari kita.... (kononnye lah)..... tapi diharapkan dengan bantuan yang tak seberapa ini.... doa dan solat hajat.... wang kutipan... mampu meringan kan beban yang mungkin berjuta-juta paun yang ditanggung rakyat palestin..... semoga ALLah mengurniakan bantuannya seperti mana yang telah dikurniakan kepada tentera islam dahulu......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...