~Mari MengiNgatI Allah~

Thursday, March 26, 2009

'Singh is King' @ 'Singh is Raja' @ 'Raja is Singh'

teringat aku kepada perkataan yang keluar dari mulut si karpal singh tu......

saya bukan nak cerita tentang die...... tapi nak cerita tentang perkataan 'king' atau dalam bahasa melayu nye.... RAJA........

seperti yang umum ketahui... raja adalah individu yang menjadi ketua negeri, sama macam sultan la.... senang cakap....

tapi ada sorang raja yang saya kenal nie... kejenye bukan menjaga negeri.... tapi sibuk nak gulingkan kuasa seorang presiden sebuah 'badan swasta'..... (atau mungkin sebuah unit beruniform)........ kejenye tak abis-abis nak kondom...opss... kondem presiden tu.... konon nya presiden tak bwat keje la... presiden dah tua tapi tak sedar diri la... presiden gila kuasa la.. dan sebagainya......

mungkin die rasa dia 'raja' kowt....... tapi yang tambah mengharukan tu.... raja nie tak brani kondem sorang2.... die ade geng.... masalahnye... geng die tu 'orang laut'... yang sebulan 2 minggu baru balik darat...... padahal dah lama dok kat laut... sekali naik darat... pon sibuk nak kondem juga.... ntah lah... dunia2.....


disini saya nak bagi nasihat skit la yang dua orang pemuda tu... eh.... yang raja tu dah tua. tapi berlagak muda...... sudah sudah lah tu mengkondem.... cuba la bawak-bawak bersabar.... kalu nak jadi presiden sangat.... pk lah cara lain.... senang2 kalu nak juga jadi presiden... tubuh lah persatuan sendiri..... dah lah meeting tak pernah nak datang... sibok nak kondem....


kang kalo marah kang... macam2 alasan ade.. adik bertunang la.... sedara kawen la... anta anak pg ngaji la... nak basuh tandas la.... pastu sibuk marah2 knape tak pilih die jadi presiden..... sedar-sedar lah diri skit.... untuk orang laut tu... pon same... ingat lah yang awak tu 2 minggu kat laut.... baru balik darat dah nak bising2.... kang kena sumpah jadi duyung baru tau.... tak pon kena tsunami... baru padan muka.....


maka.... diakhir nya....


soalan nya.....


manakah antara pernyataan berikut adalh benar????

1. Singh is King
2. Singh is Raja

3. Raja is Singh.....

p/s: klu ade kat bawah.....


lu pikir la sendiri..... eh jap.... ade satu teka teki....


karpal singh takut dengan sape..???



dia sedang menyorok di sebalik orang ramai........






mangsa kekejaman Singh is Raja




p/s: bro... jangan marah ha.....

Tuesday, March 10, 2009

~ErtI MelAyu~



Melayu


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenakaBudi
bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan


Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak


Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)


Dalam sejarahnyaMelayu itupengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara


Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual


Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali


Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri


Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak


Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing


Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut

Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;


Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka


-Nukilan : Usman Awang-

Tuesday, March 3, 2009

~kaabaH~



dijangkakan lapan hingga 10 juta jemaah haji mengunjungi Masjidil Haram, Mekah menjelang lima tahun akan datang.

SEWAKTU Nabi Ibrahim a.s. dengan bantuan puteranya, Ismail a.s. mendirikan Kaabah atas perintah Allah SWT, ia adalah sebuah bangunan yang didirikan di tengah-tengah kawasan terbuka. Kedudukannya ini mendefinisikan arah kiblat umat Islam.

Pada masa itu solat dan tawaf dilakukan di kawasan yang terbuka. Malah binaan bangunan ini tidak berubah-ubah sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad SAW.

Had ruang terbuka ini ditentukan oleh kawasan kediaman dan bangunan-bangunan komersial yang semakin berkembang dari semasa ke semasa di sekelilingnya.

Malah pelaksanaan ibadat sa'ie telah dilakukan sepanjang lorong sempit yang selari dengan kedai-kedai dan rumah-rumah yang terletak di bahagian antara bukit Safa dan Marwah.

Kini ruang terbuka tersebut telah diubah menjadi laman dalam (courtyard) sebuah masjid agung iaitu Masjidil Haram, Mekah.

Keadaan Masjidil Haram pada masa Nabi SAW dan Saidina Abu Bakar tidaklah seluas seperti sekarang.

Pada zaman Saidina Umar dan Uthman, masjid ini diperluaskan dan dibina dinding di sekelilingnya. Kerja-kerja pembaikan terus dilakukan sehingga pemerintahan Umaiyah.

Usaha untuk memperindahkan bangunan ini secara besar-besaran dilakukan pada zaman Kerajaan Abasiyah. Ketika Sultan Salim II (1566-1574 M) daripada kerajaan Uthmaniah memerintah, baginda beberapa kali memperbaiki dan menambah bangunan berupa atap kecil.

Kaum Quraisy yang merupakan ketua puak Arab direkodkan adalah pihak yang bertanggungjawab melaksanakan pembesaran pertama sekeliling Kaabah iaitu pada 604. Diikuti sekurang-kurangnya 10 fasa pembesaran Masjidil Haram.

Yang pertama padan zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Khalifah kedua selepas Saidina Abu Bakar ini telah menetapkan sempadan dan yang terakhir dilakukan semasa pemerintahan Al-Malik Fahd, kerajaan monarki Arab Saudi yang kelima.

Walau bagaimanapun, sehingga pembesaran pertama pada 1955 di bawah Raja Abdulaziz Al-Saud, masjid itu hanyalah sekadar ruang terbuka yang dikelilingi oleh bangunan-bangunan beratap yang bersebelahan, sekali gus menandakan sempadan.

Khalifah ketiga, Othman bin Affan merancang semula terutamanya untuk ruang tawaf dengan merobohkan khemah-khemah yang kurang penting.

Pada 1988, sekali lagi Masjidil Haram melalui pembesaran secara besar-besaran pada masa pemerintahan Al-Malik Fahd. Selepas perluasan itu, keluasan Masjidil Haram menjadi 117,480 meter persegi iaitu 16,745 peratus lebih besar saiznya pada zaman Baginda Rasulullah SAW.

Penambahan kawasan lantai yang lebih teguh serta pertama kalinya diperkenalkan pengunaan penghawa dingin merupakan pembesaran kali kedua Masjidil Haram.

Pembesaran kali kedua ini juga melibatkan kawasan berbumbung yang terbuka untuk tujuan solat dan tawaf serta pelebaran perkarangan di pintu gerbang Bab Al-Malik dan Bab al-Salam.

Hamparan jernih batu marmar yang berkilat di laluan perkarangan pintu masuk turut memberi keselesaan kepada tetamu Allah terutamanya sewaktu mendirikan solat di sebelah malam.

Namun yang paling penting ialah penambahan penyediaan kemudahan tandas dan tempat berwuduk yang dibina di bahagian bawah tanah, telah berjaya menjadikan urusan jemaah haji lebih selesa dan dapat memberi tumpuan kepada penyerahan diri kepada Allah SWT.

~Islam agama perdamaian~

DAN jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, Lagi Maha Mengetahui.

(al- Anfal: 61)

HURAIAN

Islam adalah agama perdamaian dan kesejahteraan. Umat Islam diseru supaya bersatu dan hidup dengan aman tanpa membezakan darjat, warna kulit serta keturunan. Mereka juga digesa menjalinkan hubungan baik dengan bukan Islam lain demi menjaga kesejahteraan hidup bermasyarakat.

Walau bagaimanapun, ada ketikanya peperangan tidak dapat dielakkan. Apabila keadaan terdesak akibat diserang oleh pihak musuh maka umat Islam perlu berjuang di medan perang demi mempertahankan maruah agama bangsa dan negara.

Tetapi, sekiranya pihak musuh mengalah dan mahukan perdamaian, maka Islam menganjurkan supaya kita mengambil salam perdamaian itu. Permusuhan berpanjangan hanya akan merugikan kedua-dua belah pihak.

Begitu juga peperangan serta pertumpahan darah yang berlaku hanya mendatangkan kemusnahan kepada manusia. Oleh itu, perdamaian adalah jalan terbaik. Seseorang Islam yang baik bukanlah setakat melakukan kebaikan untuk dirinya sahaja, tetapi juga berusaha memperbaiki keadaan orang lain.

Justeru perdamaian dengan musuh akan mendatangkan kebaikan kepada masyarakat seluruhnya. Selebihnya, kita hendaklah menyerahkan ketentuan kepada Allah SWT dengan berdoa dan bertawakal kepada-Nya.

KESIMPULAN

Perselisihan dan pertelingkahan antara dua belah pihak yang bermusuhan boleh membawa ke kancah peperangan. Sekiranya peperangan berlaku, kemudian pihak musuh minta untuk berdamai dengan menghentikan peperangan, kita hendaklah menyambutnya dengan baik, kerana Islam menggalakkan perdamaian dan kesejahteraan sejagat.

Sunday, March 1, 2009

~KRC FAMILY~

setelah puas asyik membincangkan isu kampus, politik, saya tergerak hati untuk menulis entri tentang sesuatu yang agak jauh dari kampus Universiti....... Jaoh... memang jaoh... merentasi laut cina selatan, dari negeri dibawah bayu..... saya bergerak ke negeri kelahiran asal sebentar.... SELANGOR DARUL EHSAN.....

sebagai seorang ahli ORATOR UMS... saya telah dipilih untuk mewakili UMS ke pertandingan pidato antarabangsa bahasa malaysia kali ke 3 di Kuala LUMPUR yang akan berlangsung pada 2 hingga 6 mac 2009.... (HEBATKAN BUNYI )......... hehehehehe..... tapi jangan nak terkejut, sebab saya datang bukan untuk berpidato, namun saya dan dua orang lagi kawan datang untuk menimba ilmu sedikit sebanyak sebagai persiapan untuk mewakili UMS nanti... .. (KIRANYA SEBAGAI PELAPIS LA)............ kami dipilih untuk menghadiri Pertandingan ini untuk melihat bagaimana situasi sebenar pertandingan pidato ini dan menimba ilmu untuk pertandingan yang akan kami sertai nanti..... 

tapi..... ulasan tentang pentandinga pidato itu nanti akan diceritakan di entri lain.... entri kali ini saya nan berkongsi sedikit tentang "KELUARGA" saya di KAJANG nie.... "KRC FAMILY"...... atau name panjangnya KAJANG RUGBY CLUB....... baru-baru nie diorang telah menyertai pertandingan touch footie yang diadakan di UPM... walaupun tak menang sebarang kategori.... namun bukan kemenangan yang kami cari... tapi SEMANGAT KE"FAMILY"AN antara kami semakin akrab..... kadang kadang saya rasa bertuah mempunyai sahabat, rakan, team mate dan keluarga seakrab ini...... 

perjalanan panjang penoh penuh onak duri disebalik penubuhan KRC nie akhirnya membuahkan hasil yang begitu indah.... bermula daripada zaman persekolahan dulu yang mana kebanyakan daripada kami berasal dari sekolah yang sama iaitu KAJANG HIGH SCHOOL, walaupun ada juga yang berasal dari sekolah sekolah lain disegenap ceruk KAJANG....(CONVENT TAKDE LA KOWT)...... eh ade..... KAK FARAH.....kami bergabung untuk membentuk satu team ragbi yang mantap...(INSYAALAH)..... sedar x sedar hampir 6 tahun KRC nie ditubuhkan... pelbagai kejuaran(YE KE)..... telah kami kecapi..... bermula dengan SMS 10.... UKM 10... frenly2 match... dan sebagai nya.... namun antar kejuaran terbesar yang bagi aku saya amat bermakna ialah kami berjaya mengutip wang untuk membeli jersi sendiri yang jika dilihat pasukan kerdil macam kami nie.... kadang kadang agak tak mampu la.....(TAKDE SAPE PUN YANG KAYA DALAM TEAM)...... dan yang kejayaan paling terbesar.... berjaya mengumpulkan kembali pemain-pemain yang dulunya STAR dizaman persekolahan bermain bersama2.....


satu persamaan antara semua AHLI KRC...... ialah kami dibesarkan dan diasuh oleh KEKANDA AMIN.............. pelik kan.... saya rasa adalah dalam 6 generasi yang bermain untuk KRC nie.... tapi semua nya mandapat asuhan awal oleh kekanda Amin nie.... secara peribadi saya mengagumi kebolehan dia walaupun dia bukan lah pemain kebangsaan... x juga mempunyai sijil ataupun lesen kejurulatihan namun semangat "RUGBY FOR LIVE" dalam diri die amat tinggi.... sedikit sebanyak telah menjadi inspirasi kepada kami semua..... 


namun yang paling menarik hati saya ialah peningkatan yang ditunjukkan oleh generasi2 baru yang ada dalam KRC... (JUNIOR LA).... sepanjang pengamatan saya... mereka mempunyai semangat yang tinggi untuk rugbi.... dan amat cepat belajar... ramai pemain junior yang semakin baik mutu permainannya....


di akhirnya...... KEPADA KAWAN-KAWAN DALAM KRC FAMILY..... AKU MENGHARAPKAN AGAR PERSAHABATAN KITA TERUS TERJALIN MESRA... SEMOGA ALLAH MEMBERKATI HUBUNGAN KITA.... BWAT ADIK-ADIK JUNIOR..... PENINGKATAN YANG AMAT MEMBERANGSANGKAN DARIPADA KALIAN.... TERUSKAN BERUSAHA.. SEMOGA KALIAN AKAN MENYINAR SATU HARI NANTI...  




BWAT KAKANDA SYEIKH MOHD AMIN...... TERIMA KASIH DIATAS SEGALA TUNJUK AJAR MU SEPANJANG PERGURUAN KU BERSAMA MU..... SEGALA DIDIKAN, ASUHAN DAN NASIHAT MU SAMADA UNTUK RAGBI MAHUPUNUNTUK KEHIDUPANKU... AKAN AKU SEMAT DI DALAM HATI.... SMOGA ALAH MEMBERKATI UMURMU.... MURAHKAN REZEKI MU... PERMUDAHKAN URUSAN MU DAN MEMBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK UNTUK TERUS MENCURAH BAKTI KEPADA GENERASI BARU KRC.... 

...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...