semakin hari pemikiran aku semakin sesak dek kerana iklim politik malaysia yang semakin menunjal..... keghairahan sesetengah pihak didalam pergelutan kuasa yang semakin mencodak tampak kian menggusarkan..... gejala POLITIKING yang pada asasnya menjadi agenda utama Perdana Menteri ke-6 Malaysia untuk dibanteras sebagai suatu batu loncatan penentu kejayaan slogan 1Malaysia yang di laung-laungkan tampak mempunyai sedikit kelompongan dengan insiden-insiden yang memang memalukan......
insiden perebutan kuasa oleh presiden atau boleh kita kata sebagai presiden-presiden (plural : presidens) Parti Progressif Penduduk (PPP) antara T murugiah dan M Kayveas memang memalukan, lebih-lebih lagi parti ini merupakan parti komponen Barisan Nasional dan juga salah seorang daripada mereka merupakan barisan menteri didalam senarai kabinet yang dikatakan menjunjung tinggi nilai 1Malaysia......
hurm... patut ke semua ini berlaku.... pasal jawatan presiden parti pon leh sampai hantar peluru sebagai ancaman..... huh.. dasar gile kuasa...
tapi..... jom kite tinjau ape plak masalah pihak pembangkang nie.... (PR) la... tapi kisah ini meletakkan mereka sebagai kerajaan.. iaitu di selangor... apabila mereka merupakan kerajaan negeri.... sedar tak sedar sudah menjangkau usia setahun lebih kerajaan pakatan rakyat memerintah negeri selangor..... namun mereka tidak bertindak sebagai kerajaan yang baik....
di kajang sahaja... mereka asyik-asyik menyalahgunakan kuasa yang mereka ada dengan mengeksploitasi segala kemudahan dan fasiliti infrastruktur untuk melakukan ceramah dan forum yang kononnya untuk menerangkan segala konspirasi-konspirasi mainan kerajaan pusat.... di MPKJ misalnya.. forum tentang SKANDAL PKFZ... forum tentang penerangan KONFLIK PERAK.... dan sebagainya.... namun sebaliknya... maksud tersirat yang sedang berlegar didalam setiap penganjuran program merupakan untuk menyampaikan dakyah dan propaganda mereka untuk kepentingn politik mereka.....
adakah ini tindakan yang baik oleh pihak yang digelar kerajaan... sepatutnya sebagai kerajaan mereka seharusnya lebih menumpukan kepada pembangunan baik dari segi material mahupun sahsiah... bukannye masih lagi menyampaikan dakyah dan propaganda mereka.... itu sewaktu pilihanraya mungkin relevan.. namun apabila telah dipilih oleh rakyat untuk mentadbir urus negeri dengan baik,.... sepatutnya mereka lebih menumpukan bagaimana untuk menjana pendapatan negeri.. bukan kearah mana harus mereka membelanjakannya demi kepentingan politik mereka....huh...
tuntasnya... iklim politik malaysia hari ini sememangnya berada diambang la nina menuju el nino... baik daripada BN mahupun PR... maka... wahai ahli-ahli politik.... kini merupakan masa untuk kembali menumpukn perhatian kepada pembangunan negara... bukan pembangunan akaun peribadi, tidak untuk pembangunan rumah sendiri, tidak juga demi mengumpul harta yang cukup untuk makan 7 generasi.... selami dan selidiki masalah kami... bukan sekadar duduk menggoyang kaki setelah perut diisi dengan hasil korupsi......
renung-renungkan.. dan selamat beramal..