~Mari MengiNgatI Allah~

Friday, December 10, 2010

~Nada Cambiara Mi Amor Por Ti~


terasa nak bertouching2 plak...
huhuhu....
just to express my feeling with this song....
but tak tau utk sape....

ah..
persetankan perasaan itu....
ahahhaaha.....

yang penting...

kepada KAMU!!!!... YA KAMU!!!... (tau2 sendiri la)

~Nada Cambiara Mi Amor Por Ti~

~aku rindu rumah~

~ Giler ~

First tyme aku rase aku duk lelame kat sabah nie tyme cuti2 sem nie.....
hahahhaa..... tapi nak buat cemane..

~kerelaan dalam keterpaksaan~.....

 hoho... struggling for my FYP!!!!...
dah dua minggu aku menghabiskan hari di LAB...
Doing All The ANALysis.....
 gile babeng punya banyak......tu pon tak mampu gak aku siapkan semua....

dengan sampel yang baru 3... OUT OF 5!!!!!..(ATLEAST)..

means aku akan kembali semula ke Sandakan buat beberapa kali lagi...

 1. Untuk amik sampel lagi ( 3 lagi KOT!!!)
2. Untuk MAPPING!!!!
(tapi kawasan aku macam takde SINGKAPAN... untuk buat KERATAN RENTAS).
3. Site Survey..... (MACAM KERJA PLAK).....

Tapi anyway.... the point here is..

I MISS MY FAMILY!!!!........


Tadi boleh plak ABG ALI.. post kat status FB die tgh
HAVING FAMILY DINNER.....

~waaaa~

Bertambah SYAHDU aku beb..........
Harap-harap tiket ke FESTKUM ku AKAN DILULUSKAN.....
Agar aku dapat BALIK RUMAH.....
Banyak hal nak setel nie kat rumah (padahal nak melepak ngan member)....
No......

25th DISEMBER.... MY LOVELY DADDY’S BIRTHDAY.....
So sebagai anak mithali... aku nak sambut!!!!... huhuhu...






P/S : ini adalah luahan rasa insan yang sedang kebosanan tak tau ape nak buat di tgh pagi2 nie........huhuhuhu

Thursday, December 2, 2010

DECEMBER RAIN.....

URGH!!!!....

its been a long tyme i'm not write anything here........ been a hectic schedule whole year...... and my wrting skills look like fading away...... i just lost my enthusiasm to write...... but i will find it back... seriously.... i miss it......

and now... my tenure as student representative will end soon..... lots of story behind it..... but... the experience and knowledge that i earn from it are as much as i could.. seriously!!!!

thus, i now could focus 150% to my FYP as well as my STUDY..... My 3 years of study soon will be end...... really need to buck up .........

also... will busying do all the Lab Analysis for my project...... haha... my sample still not been taken all yet..... gonna travelling to sandakan quite few times more.... which is very tortured one.. sitting in the bus@ 4WD nearly 6 hours... haish..

anyway..... wish my writing skills come back to papa~

Monday, July 12, 2010

Ready, Set, Go............

post baru sempena bukanya sem baru sesi 2010/2011....... juga bermakna.... sem ke-5 untuk aku... dan juga dalam konotasi yang lebih besar...... tahun akhir untuk aku.......

pergh!!!

tahun akhir dah aku rupenye.... rasa macam sekejap je....... dulu masa dapat surat tawarn... tgok situ tulis 3 tahun..... alamak aih! mengeluh semacam.... lama nya nak duduk sabah....... tapi sekarang... selepas hampir 3 tahun aku kat sabah nie.... aku dah macam tak rase pape dah...... tapi still lagi belum rase nak tinggal lama2 kat sabah nie la.... ntah la.. mungkin tak masuk dengan jiwa kowt.... hhuhu.. aching!!!!

aku berazam untuk meneruskan pengajian ku di peringkat lebih tinggi.... target nak pergi oversea... ye la.. nak gak rase merantau negara orang..... tapi semua bergantung pada usaha ku pada tahun yang terakhir nie...... insyaallah... berkat doa ayah ibu...... berkat usaha.... aku pasti dapatkan nya...... sama macam aku bertekad nak masuk UMS nie dulu la,.. tekad nak amik geologi... dan akhirnya.. aku dapat....

bermula daripada semester ini juga.. aku diberikan amanah oleh pihak Universiti untuk memangku tugas Presiden Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010.... kerana saudara presiden tak mampu nak teruskan tugas akibat masalah kesihatan..... satu lagi amanah dan tigas berat untuk ku...... tapi aku berdoa kepada Allah agar memberikan bantuan dan perlindungan.. rahmat dan nikmat untuk ku.... permudahkan urusanku.. dan tetapkan hati ku untuk memikul tanggung jawab dan amanah ini... semoga apa yang aku lakukan sentiasa diberkati......

kepuasan hati lepas kemenangan Sepanyol semalam pon cukup memberikan ku semangat untuk meneruskan pengajian ku.. uhuh eceh.....!!!!

k la.... cukup setakat itu.... jumpa dalam keluaran akan datang.......

tata~

Thursday, July 8, 2010

Salam Mahardika Buat Warga Baru PMUMS......


Pertama dan selamanya, marilah kita semua memanjatkan setinggi-tinggi kehadrat ALLAH s.w.t.. kerana dengan limpah rahmat dan nikmatnya... kita semua dapat berkumpul dan bertemu di Universiti Malaysia Sabah ini......

Di kesempatan ini, saya mewakili seluruh kepimpinan PMUMS mengucapkan tahniah kepada anda semua kerana berjaya menempatkan diri di salah sebuah Universiti Awam Malaysia atau lebih tepatnya di Universiti Malaysia Sabah. Sedar ataupun tidak, anda semua merupakan adalah antara mahasiswa-mahasiswi yang terpilih untuk daripada kalangan 105,377 calon yang memohon untuk sesi pengambilan dan kemasukan ke 20 IPTA seluruh Malaysia. Maka gunakanlah kesempatan yang ada ini untuk menimba ilmu yang bermanfaat, gunakanlah ruang dan peluang ini untuk meneroka dan menerobos sempadan diri.

Mahasiswa-mahasiswi sekalian.

Saya juga turut ingin mengucapkan selamat datang kepada semua ke dalam Persatuan Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (PMUMS) ini. Sebagai makluman, PMUMS dianggotai oleh semua mahasiswa berdaftar UMS yang terdiri daripada lebih daripada 100 buah kelab dan persatuan daripada pelbagai cabang dan gugusan. PMUMS ini secara umumnya diketuai oleh Majlis Perwakilan Pelajar UMS (MPPUMS) yang terdiri daripada 34 orang, seterusnya merupakan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa Kolej-Kolej Kediaman (JAKMAS) sebanyak 7 kolej kediaman di kampus induk dan juga kampus labuan, seterusnya Persatuan Mahasiswa Sekolah sebanyak 13 buah sekolah.
Kita juga mempunyai 93 buah persatuan di kampus induk dan juga sebanyak 54 buah kelab dan persatuan di kampus antarabangsa labuan yang terdiri daripada pelbagai gugusan seperti :

1. Badan Utama (MPPUMS)
2. Badan Kolej Kediaman dan Sekolah (JAKMAS & PM Sekolah)
3. Badan Sukan dan Rekreasi
4. Badan Seni dan Budaya
5. Badan Bela diri
6. Badan Akademik dan Bahasa
7. Badan Sukarelawan
8. Badan Sekretariat-Sekretariat
9. Badan Ketrampilan
10. Badan Keusahawanan
11. Badan Pakaian Seragam

maka saya menyeru kepada semua mahasiswa-mahasiswa baharu UMS untuk bergiat aktif dengan segala aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan di semua peringkat. Gunakan kesempatan ini untuk mengikuti dan menyertai segala aktiviti untuk meningkatkan kemahiran insaniah anda untuk menjadi modal insan yang berkualiti demi negara bangsa yang berjaya.
Mahasiswa-mahasiswi sekalian.

Saya juga berpesan kepada diri saya dan sekalian mahasiswa-mahasiswi UMS agar sentiasa mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran secukupnya sepanjang berada di Universiti, janganlah libatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang akhirnya akan mendatangkan kemudaratan kepada diri anda sendiri dan universiti. Kami di PMUMS begitu komited untuk membangunkan kebolehan dan kemahiran kendiri setiap mahasiswa di samping memastikan kebajikan mahasiswa UMS sentiasa terjaga dan terbela. Untuk itu, kami mengharapkan sokongan dan bantuan daripada semua mahasiswa UMS untuk bersama-sama menggerakkan semangat berpersatuan di UMS ini.

Akhir kata, selamat menempuhi alam baru dalam sejarah hidup anda, selamat menjadi MAHASISWA UMS, dan selamat datang ke dalam keluarga PMUMS. Semoga setiap dari kita berjaya mengharumkan nama Universiti, Negara, Bangsa, Agama yang paling penting nama KELUARGA kita yang tercinta....


Sekian,

MAHARDIKA WARGA,
GEMILANG INSTITUSI.



petikan daripada teks ucapan sempena
Majlis Kepimpinan Mahasiswa sempena
Minggu Suai Mesra UMS sesi 2010/2011..

Thursday, July 1, 2010

Baru....

Saya memilih tajuk yang ringkas untuk post kali ini.... Sempena kemasukan pelajar-pelajar baru ke IPTA seluruh Malaysia yang akan bermula secara rasmi pada 3 & 4 Julai ini.... \

segala-galanya baru... Semester baru... sesi baru... pelajar baru..... alam baru... dan tekad dab azam yang baru....

semester baru dan sesi baru untuk semua pelajar yang telah bergelar senior.... Gelaran yang amat bermakna (kalau di asrama sekolah dulu)..... apa pon yang telah berlaku, biarkan berlalu... bak kate omputih.. LET BYGONE BE BYGONE..... apa pon kesah nya... kita biarkan ia menjadi sejarah dan kenangan....... POINTER, SUBJEK dan segala-galanya lah...... yang penting.. sekarang kita dah masuk ke semester baru.... teruskan kehadapan..... perjuangan masih belum selesai.... ada lagi 1 tahun untuk saya dan yang lain2.... masih ada peluang untuk berjaya dan cemerlang..... selagi mana kita berusaha... dan ingin berubah.. selagi itulah kita masih mempunyai harapan untuk berjaya...

pelajar baru dan alam baru... UMS kali ini dijangka akan menerima hampir 4900 pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda yang baru...... daripada semua pelosok Malaysia... orang kata dari PERLIS HINGGA KE SABAH...... semua ada.. macam-macam kaler... pelajar2 baru ini akan menempuh alam baru dalam perjalanan kehidupan mereka..... ALAM PELAJAR UNIVERSITI... alam yang menawarkan seribu satu pengalaman hidup baru.... terpulang kepada kita sendiri untuk memilih.... salah pilih..... sendiri sengsara

jadi.. di kesempatan ini.. saya mengucapkan selamat datang kepada pelajar UMS yang baru dan Selamat pulang ke kampus buat pelajar UMS.... semoga semester dan sesi kali ini memberikan kita kejayaan yang lebih bermakna......

Thursday, June 17, 2010

Fame Is Not Enough..

seems like quite some tyme doesn't drop down here eventhough this is my blog.. hehehe....

i'm lost my eager and desire to write in it...... no any explanation for that... maybe i'm just too busy with my stuff or just simply my feeling to write just flee away.. ahaks... (ape yang aku merepek nie.)...

ok... tiba jak aku nak tulis pasal spain punye game malam tadi tu...... agak kecewa la lepas spain kalah tu.. its my team man...... aku ingat spain akan lauk kan swiss tu berkosong-kosong... last2,.. die yang kena.... tapi ape pon.. aku tetap optimis... diorang leh pegi jauh.... huhuuu..... (adakah aku tidak patriotik apabila berkata begini??)......

tapi moral of the story tentang past few games dalam world cup nie..... FAME IS NOT ENOUGH..... sekadar nama yang gah... yang orang sekali tgk dah gerun... semua yang bertaraf bintang2.... tapi semuanya tak mempamerkan persembahan yang dijangkakan..... ENGLAND, FRANCE, BRAZIL, ARGENTINA, ITALY, PORTUGAL, SPAIN... semua nya bagi aku untuk game2 awal nie... agak menegcewakan.. walaupon ade yang menang.. tapi overall say... diorang tak mencapai standard yang diorang sendiri letak.... semua game hambar... takde pon game yang memuaskan hati peminat......

hurm.. maybe sebab masalah altitud atau bola yang fancy......dan mungkin juga game2 tersebut telah dibeli oleh tycoon judi ..... (tiba jak)... tapi honestly lah... dengan kemahsyuran pemain dan kehebatan mereka tu.... diorang tak sepatutnya main macam tu.... huuu...

so lets put it in our shoes....... kemegahan dan kegemilangan tak menjanjikan apa-apa.... yang penting usaha untuk mencapai kemegahan itu yang menjadikan kita dihormati...... walau sehebat mana pun kita hari ini... belum tentu kita akan hebat masa akan datang.... dan walau sekalut mana pon kita hari ini.... belum tentu kita akan sentiasa kalut selamanya.... we should moving forward.... from ZERO to HERO..... then be a SUPERHERO.... then.... SUPERSTAR.... then.... pikior le sendiri.....

jangan terlalu leka dibuai dengan kemegahan yang kita ada.. sebab kita tak tau bila kemegahan itu akan ditarik semula..... jangan nyenyak dibuai kemahsyuran berganda... sebab ia takkan kekal bersama....

renung-renungkan.....

Monday, May 24, 2010

duty.. duty... duty....

aih.. penat and gile.... malu dan segan pon ade gak..... bengang.. marah... sume ade.... orang kate lengkap la perasaan aku nie.....

adedei...

kalau nak merungut skang.. nanti ade yang kate "dah kau yang cari susah.. sape suruh.. rasekan lah..." tapi setengah orang tak paham... kadang kadang kita terpaksa melakukan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu... dan kadang kala kita perlu mengorbankan sesuatu untuk mendapatkan
sesuatu......

tapi...

ada pulak yang cakap nanti tak ikhlas buat kerja..... ITS NOT THAT!!!.... masalahnya... kalau rafael nadal disuruh gantikan fernando torres untuk world cup nanti... komfem leh gile kan.. komfem orang akan kutuk dan maki die.... kan..... analoginya lebih kurang begini la.....

kalau suruh orang lain.. buat sesuatu yang bukan bidang dia... memang apa yang dilakukan akan ada silapnya.... masalahnya.... orang yang sepatutnya menguruskan kerjanya.... dah duduk bersantai... tapi aku yang menggelapar mati sendiri kat sini......

seb baek ade kawan-kawan lain yang setia bersama... THANKS GUYS!!!!!........

takpe la.. mungkin ade hikmah nye... mungkin ada balasan untuk apa yang kita lakukan.... kita lakukan lah seikhlas mungkin....

Thursday, May 6, 2010

YoSh!!!!!

Alhamdulillah....

akhirnya abis juga exam semester 4 aku di UMS ni.... dan ini menandakan yang aku harus bersiap sedia untuk menjadi tahun 3..... dan perlu bersiap siaga untuk menempuh tahun yang pasti akan amat dan sangat mencabar.....

thesis....

Geologi Am dan Kajian Kejuruteraan Tanah Formasi Sandakan.......
ini lah tajuk aku..... dan aku akan bersiap sedia untuk memulakannya..... jom kite meneroka sandakan.... huhuuhuu........

Sunday, April 18, 2010

WAhhhhh.... lama nya tak menulis...

waa.... lama gile aku tak menulis dalam nie.......

sebenarnya aku memang biarkan last post tu lama2 kat sini.. untuk tatapan mereka2 yang berkenaan...... then,... diam tak diam... dek kerana kesibukan aku sebagai Timbalan Presiden... tambah lagi nak ngejar asignment dan exam.. last2 agak lama jugak blog nie dibiar sepi.....

so... ape lak motif aku tulis kali nie ek..?? ape yang nak aku tulis.... hurm... macam takde la... haha... tapi takpe... biar aku fokus exam dulu.. pastu aku start nulis balik ek... tapi mungkin lepas nie blog nie dah berwajah baru la.... entri2 pon mungkin akan berubah kepada yang agak formal la... almaklum la.. timbalan presiden,... kang kalau lain macam bunyi post nie.. ade plak suara2 sumbang yang melalak....

so mungkin setakat nie je dulu.....

eh jap...!!

aku nak wish GUD LUCK kepada semua yang bakal menghadapai peperiksaan tak kira kat mana pon.. and exam ape sekalipon... semoga kejayaan menyusul bersama kalian...

buat rakan2 yang dah nak "chow" ..... semoga berjaya di hari mendatang... manfaat kan ilmu kalian sebaik mungkin.... semoga Allah memberkati ilmu kalian..... MISS ALL OF YOU...!!!...

Wednesday, February 3, 2010

22nd times of my day........


hari ini.... 3 Februari..... seperti tahun-tahun yang sudah....... aku tak juga terlalu menunggu tarikh bertuah nie.... tapi dah die nak juga datang... so aku merelakan la kehadirannya.... ecing!!!!!

buat kali ke 22 nye tarikh ini menjelma lagi.... menandakan usiaku telah semakin lanjut...... persoalannya adakah dengan pertambahan usiaku ini hanya menandakan umur ku sahaja yang semakin bertambah atau iainya disertai dengan pelbagi ilmu, iman, amal yang sepatutnya aku bawa bersama...... Insyaallah akan ku usahakan untuk kembali bermuhasabah... merenung kembali jauh ke dalam diri.... adakah semua ini ada bersamaku??.... mudah-mudahan.....
buat kali ini aku amat bersyukur kehadrat Allah kerana sekali lagi di berikan peluang untuk terus hidup dan beramal...... ditambah pula dengan rezeki yang dikurniakan kepada ku..... atau lebih tepat aku katakan tanggungjawab yang digalaskan kepada ku diatas kejayaan sebagai YB KAMPUS nie..... aku berazam untuk jadikannya sebagai satu tanggungjawab yang perlu aku laksanakan sebaik nya... insyaallah.....
aku berdoa agar diperkuatkan iman, diberikan kesihatan yang baik, ilmu yang berkat, rezeki yang halal, sahabat yang memahami, kasih sayang yang diberkati dan segala yang terbaik untuk seluruh keluargaku terutama AYAHANDA dan BONDA ku Jamaluddin Ahmad & Jawahir Arshad, ADINDA-ADINDA ku Nur Syafiqah, Mohd Syahir, Nur Syahirah, Nur Syamina, Nur Syareena Nabihah, serta ADINDA-ADINDA angkat ku, Syafiq Azwad, Shafiq Dahlan, Syazwan Shahrul Azhar, Afifi Salim, Hafiz Roslan, Norida juga kepada GURU-GURU ku, SAHABAT-SAHABAT ku. SAUDARA MARA ku, ATOK dan NENEK ku... serta semua yang mengenali diriku.... semoga kalian semua sentiasa dilingkungi rahmat dan berkat Allah......

aku juga mengucapkan jutaan terima kasih kepda semua yang mengirimkan ucapan baik melalui sms atau FB... terima kasih diatas ingatan kalian..... aku doakan yang terbaik untuk kalian semua... semoga berjaya didalam setiap lapangan yang kalian ceburi.....

Setinggi-tinggi perhargaan aku tujukan khas kepada AYAHANDA dan BONDA kesayangan ku..... diatas semua pengorbanan dan sumbangan kalian tatkala membesarkan dan mengasuh ku dan kami adik beradik, segala jasa kalian hanya DOA yang aku panjatkan sebagai balasan........ juga kepada semua ADINDA-ADINDA ku... diatas sokongan dan dorongan yang diberikan... ABANG SAYANG KALIAN SEMUA.... insyaallah kita semua akan berjaya......

penghargaan seterusnya aku tujukan kepada semua insan yang pernah mewarnai hidup ku sepanjang 22 tahun ku di dunia nie.... bermula dari mereka-mereka di Kampung Datuk Keramat, di Taman Sri Jelok, SAHABAT di SRJK (c) Yu Hwa, SAHABAT di SMK Tinggi Kajang, dan SAHABAT di Universiti Malaysia Sabah...... terima kasih untuk segalanya... segala kenangan tetap tersimpan sebagai MEMORI indah bersama.........



p/s: aku akan muatkan gambar-gambar mereka yang telah mewarnai hidupku selama ini..... tunggu.....

Sunday, January 31, 2010

Alhamdulillah Dan Terima Kasih......

Alhamdulillah.. perjuangan yang selama ini ku tempuh sudah berlalu..... dan keputusannya amat memuaskan........ terima kasih kepada semua rakan-rakan yang banyak membantu baik dari tenaga dan masa kalian untuk bersama-sama mengharungi pertarungan ini.... hanya Allaj yang mampu membalas jasa kalian setimpalnya.......

kepada rakan-rakan mahasiswa lain..... saya berharap agar anda semua dapat mendoakan agar saya tetap dalam perjuangan sebenar...... tak lari dari matlamat asal.... dan sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah untuk terus berkhidmat untuk anda semua..... saya juga mengharapkan kerjasama anda semua untuk kita sama-sama merevolusikan UMS kita tercinta..... kerana kita semua adalah 'pemain' di dalam UMS.. maka setiap daripada kita perlu untuk menyumbang untuk kejayaan bersama..... Insyaallah.......

Tuesday, January 19, 2010

~Umur Yang Semakin Bertambah~

Assalamualaikum wbt.....

post kali nie agak lain skit...

Hari ini.... 19 Januari.... dua orang adik ku menyambut hari ulang tahun kelahiran mereka...... maka... mereka berdua adalah antara insan yang aku sayang...... (sapa tak sayang adik sendiri kan).... maka.... post kali nie abang tujukan khas untuk kalian.......

1. Nur Syahirah Bt Jamaluddin... (kak teh) 15 tahun....



kak teh... sedar tak sedar dah besar panjang adik perempuan abang yang sorang nie..... tau2 dah 15 tahun.... huhu... dah nak PMR tahun nie...... abang mengaku tak selalu lepak2 ngan kak teh.... and tak ambil berat sangat pasal kakteh..... sebab abang pon bukan selalu ade kat rumah kan...... tapi abang tau yang kak teh seorang yang bijak, anak yang bertanggungjawab, adik yang baik dan kakak yang penyayang..... abang nak kak teh tu yang abang akan selalu bersama kak teh dan sayang kak teh..... abang doakan agar kakteh cemerlang dunia akhirat... jangan lupa study... blaja untuk masa depan kakteh dan keluarga...... doakan ayah ibu, jadi muslimah yang sejati..... jangan lupa solat, dan jangan lupa keluarga...... abang doakan kak teh berjaya dalam PMR tahun nie.... dan dapat masuk asrama penuh tahun depan....... maafkan abang kalau ade tersakitkan hati atau bwat kak teh terasa........ SELAMAT ULANG TAHUN KE 15..... ABANG SAYANG KAK TEH............

2. Mohd Shafiq b Mohd Dahlan..... (19 tahun)




Shafiq..... ramai orang yang memanggil fiq "cepet"....... tapi abang lebih selesa memanggil fiq dengan nama sebenar.... sebab nama kita sama.. dan membawa maksud yang amat indah..... (kalau perempuan tau komfem jatuh hati...).... fiq.... sepanjang perkenalan kita yang dah 7 tahun nie..... abang sedar, banyak salah dan dosa abang kat shafiq..... abang mengaku yang abang memang buat silap... silap antara abang dengan shafiq... dan segala-galanya... tapi percaya lah... abang masih sayang kat fiq..... dan bagi abang... ko tetap adik abang dunia akhirat.... abang minta maaf... dari hujung rambut hingga hujung kaki diatas segala kesilapan dan dosa yang abang dh bwat kat fiq...... maaf kan abang,.... semoga hubungan kita diredhai Allah..... sempena ulang tahun kelahiran fiq yang ke 19 nie.... abang berdoa.. agar fiq berjaya dunia akhirat.... belajar sungguh-sungguh demi masa depan fiq dan keluarga fiq.... jangan lupa Allah, jangan lupa solat, doakan ibu ayah, jadilah anak yang soleh yang mampu berbakti untuk kedua ibu-bapa.... abang juga berdoa supaya fiq dapat ape yang dah fiq impikan..... selangkah lagi ke Universiti... jadi... jangan terleka.... SELAMAT HARI LAHIR ke 19.... ABANG SAYANGKAN SHAFIQ..........

Akhir kata...


SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN BUAT ADIK-ADIK KU....... SMOGA RAHMAT DAN NIKMAT ALLAH SENTIASA BERSAMAMU..... PERLINDUNGAN DAN BANTUAN ALLAH SENTIASA MENDAMPINGIMU...... KASIH SAYANG DAN REDHA ALLAH MENJADI KEKUATAN MU, SEMOGA SEMUA IMPIAN MU DAPAT DICAPAI.........


ABANG SAYANG ADIK-ADIK ABANG.......................
























Sunday, January 10, 2010

MEMACU SEBUAH REVOLUSI.......

agak lama aku membiarkan blog ni sunyi ....... bersarang .... dan segalanya..... janji ku untuk berkongsi cerita "Antara 2 UM".... pon masih blum terlaksana.... heish.... dan kini... kembali aku ke kampus... bakal mungkin bersarang blog nie... sebab masalah teknikal yang hanya dipahami oleh seluruh warga kampus induk UMS nie... atau mungkin hanya golongan pelajar je yang paham... sebab kalau TNC dan NC paham... mungkin masalah nie dah diselesaikan lama dulu....... haih... entah lah......


ok lah... daripada dibiarkan sepi.... baik aku bercerita sikit tentang janji ku dahulu...

"ANTARA 2 UM"...
hurm... sebut betul2.. ikut nahu dan gaya bahasa yang betul tanpa singkatan.... UM... ini bukan singkatan kepada Universiti Malaya.. walaupon latar tempat nya adalah mungkin berkaitan dengannya..... "UM" yang aku maksudkan ialah "MADUM" dan "MAKUM".... atau jika dipanjangkan.... Majlis Debat Universiti Universiti Malaysia & Majlis Kebudayaan Universiti Universiti Malaysia...... ok... semua dah paham???
1. aku start with MADUM...... aku sekali lagi berkesempatan untuk menyertai pertandingan debat yang dianjurkan dan diseliakan dibawah Majlis ini... iaitu nama glamernye Debat Royal..... ini kali kedua aku menyertainya... yang bertempat di UM (Universiti Malaya)...... secara individu.. aku sangat berpuas hati dengan prestasi aku kali ini.... namun.. jika dilihat dari sudut pasukan... untuk pasukan ku UMS UTAMA 1.. aku amat berpuas hati... kehadiran senior yang memang lama aku idamkan untuk di 'match-up' kan bersama amat membantu ku.... pelbagai ilmu telah dikongsikan oleh nya..... macam2 kerenah... macam2 skil dan stail kami cuba lakukan sebagai langkah eksperimental terhadap keupayaan diri dan pasukan..... namun diakhirnya.... tetap kandas di pusingan awal..... agak mengecewakan.... tapi segalanya telah berlalu... jadi.... still look forward for next debate,,, yang mungkin kebaragkalian aku untuk sertai semakin tipis......
untuk kesekian kalinya.. usaha untuk kembali meletakkan nama UMS di persada debat IPT Malaysia.... menemui jalan buntu...... sandik!!! tapi nak bwat macam mane.. kami akan tetap berusaha kearah itu......
2. kita sambung pulak dengan 'MAKUM'... buat pertama kalinya aku telah menyertai Festival Kebudayaan Universiti universiti Malaysia.... ayng berlangsung di 4 buah Universiti sekitar lembah klang.. UM, UKM, UPM, UiTM..... aku bersama pasukan dikir barat UMS.. PERMATA SARI.... berpeluang menyertai pertandingan tersebut yang berlangsung di UKM..... skrip yang hampir sama.. juga gagal untuk menyinar... namun persembahan kami mendapat pujian daripada penonton2 dan hadirin yang hadir melihat pertandingan ini........ sedaya mungkin kami semua berusaha untuk mengharumkan UMS.. namun kekuatan dan kapasiti yang ada pada Universiti2 lembah klang.. memang sukar digugat....... tapi.. tak apa... kami juga masih baru.... dan juga akan terus berusaha untuk meletakkan UMS diantara pencabar utama dalam FestKUM 2010...... nantikan kami....
3. Ironinya.... kedua2 acara yang aku sertai ini mempunyai pelbagai perspektif yang berbeza....
a. Pasukan debat yang mempunyai jurulatih..... bertaraf bintang dan dikenali ramai dalam dunia debat malaysia.... namun kami gagal untuk meletakkan nama mereka pada tempat yang sepatutnya,.... sekali imbas mungkin tudingan kesalahan itu mungkin mengarah kepada kami..... namun.... jika aku dapat simpulkan didalam satu ayat mudah... beginilah bunyi nya....
"kami mungkin dapat meletakkan nama-nama harum mereka ditempat selayakkan jika MEREKA tahu membezakan MAKSUD dan KONSEP 'JURULATIH' & 'JURULETER'....
b. Pasukan debat yang langsung tidak mempunyai jurulatih, tapi dilatih oleh kami-kami sendiri... mapu untuk memberi saingan dengan semangat dan keazaman yang tinggi untuk mengharumkan nama UMS.. kami datang dengan satu tujuan iaitu menang... bukan aku maksudkan yang pasukan debat tak berazam sebegini rupa... namun keazaman yang di pendam aku rasa belum sampai pada tahapnya.....
3. akhirnya... aku rase sdah tiba masa nye UMS perlukan sebuah revolusi... baik dari segala aspek...... lahiriah mahupun batiniah... pelajar mahupun kakitangan... prasarana mahupun sistem... untuk kita sama2 menuju kearah kegemilangan yang kita semua idamkan..... BERTEKAD CEMERLANG hanya sekadar slogan jika kita semua hanya melaungkannya tanpa memahami maksud dan merungkai JIWA slogan ini....
BERSAMA KITA MEMACU SEBUAH REVOLUSI.. untuk UMS TERCINTA...
p/s : gambar tak dapat nak insert sebab line internet slow gila hawak........ sori.... tapi akan diusahakan.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...