post baru sempena bukanya sem baru sesi 2010/2011....... juga bermakna.... sem ke-5 untuk aku... dan juga dalam konotasi yang lebih besar...... tahun akhir untuk aku.......
pergh!!!
tahun akhir dah aku rupenye.... rasa macam sekejap je....... dulu masa dapat surat tawarn... tgok situ tulis 3 tahun..... alamak aih! mengeluh semacam.... lama nya nak duduk sabah....... tapi sekarang... selepas hampir 3 tahun aku kat sabah nie.... aku dah macam tak rase pape dah...... tapi still lagi belum rase nak tinggal lama2 kat sabah nie la.... ntah la.. mungkin tak masuk dengan jiwa kowt.... hhuhu.. aching!!!!
aku berazam untuk meneruskan pengajian ku di peringkat lebih tinggi.... target nak pergi oversea... ye la.. nak gak rase merantau negara orang..... tapi semua bergantung pada usaha ku pada tahun yang terakhir nie...... insyaallah... berkat doa ayah ibu...... berkat usaha.... aku pasti dapatkan nya...... sama macam aku bertekad nak masuk UMS nie dulu la,.. tekad nak amik geologi... dan akhirnya.. aku dapat....
bermula daripada semester ini juga.. aku diberikan amanah oleh pihak Universiti untuk memangku tugas Presiden Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010.... kerana saudara presiden tak mampu nak teruskan tugas akibat masalah kesihatan..... satu lagi amanah dan tigas berat untuk ku...... tapi aku berdoa kepada Allah agar memberikan bantuan dan perlindungan.. rahmat dan nikmat untuk ku.... permudahkan urusanku.. dan tetapkan hati ku untuk memikul tanggung jawab dan amanah ini... semoga apa yang aku lakukan sentiasa diberkati......
kepuasan hati lepas kemenangan Sepanyol semalam pon cukup memberikan ku semangat untuk meneruskan pengajian ku.. uhuh eceh.....!!!!
k la.... cukup setakat itu.... jumpa dalam keluaran akan datang.......
tata~
sekadar berkOngsi ilmu untuk kebaikan bersama.... semoga dunia kembali aman dan terpelihara
~Mari MengiNgatI Allah~
Monday, July 12, 2010
Thursday, July 8, 2010
Salam Mahardika Buat Warga Baru PMUMS......
Pertama dan selamanya, marilah kita semua memanjatkan setinggi-tinggi kehadrat ALLAH s.w.t.. kerana dengan limpah rahmat dan nikmatnya... kita semua dapat berkumpul dan bertemu di Universiti Malaysia Sabah ini......
Di kesempatan ini, saya mewakili seluruh kepimpinan PMUMS mengucapkan tahniah kepada anda semua kerana berjaya menempatkan diri di salah sebuah Universiti Awam Malaysia atau lebih tepatnya di Universiti Malaysia Sabah. Sedar ataupun tidak, anda semua merupakan adalah antara mahasiswa-mahasiswi yang terpilih untuk daripada kalangan 105,377 calon yang memohon untuk sesi pengambilan dan kemasukan ke 20 IPTA seluruh Malaysia. Maka gunakanlah kesempatan yang ada ini untuk menimba ilmu yang bermanfaat, gunakanlah ruang dan peluang ini untuk meneroka dan menerobos sempadan diri.
Mahasiswa-mahasiswi sekalian.
Saya juga turut ingin mengucapkan selamat datang kepada semua ke dalam Persatuan Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (PMUMS) ini. Sebagai makluman, PMUMS dianggotai oleh semua mahasiswa berdaftar UMS yang terdiri daripada lebih daripada 100 buah kelab dan persatuan daripada pelbagai cabang dan gugusan. PMUMS ini secara umumnya diketuai oleh Majlis Perwakilan Pelajar UMS (MPPUMS) yang terdiri daripada 34 orang, seterusnya merupakan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa Kolej-Kolej Kediaman (JAKMAS) sebanyak 7 kolej kediaman di kampus induk dan juga kampus labuan, seterusnya Persatuan Mahasiswa Sekolah sebanyak 13 buah sekolah.
Kita juga mempunyai 93 buah persatuan di kampus induk dan juga sebanyak 54 buah kelab dan persatuan di kampus antarabangsa labuan yang terdiri daripada pelbagai gugusan seperti :
1. Badan Utama (MPPUMS)
2. Badan Kolej Kediaman dan Sekolah (JAKMAS & PM Sekolah)
3. Badan Sukan dan Rekreasi
4. Badan Seni dan Budaya
5. Badan Bela diri
6. Badan Akademik dan Bahasa
7. Badan Sukarelawan
8. Badan Sekretariat-Sekretariat
9. Badan Ketrampilan
10. Badan Keusahawanan
11. Badan Pakaian Seragam
maka saya menyeru kepada semua mahasiswa-mahasiswa baharu UMS untuk bergiat aktif dengan segala aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan di semua peringkat. Gunakan kesempatan ini untuk mengikuti dan menyertai segala aktiviti untuk meningkatkan kemahiran insaniah anda untuk menjadi modal insan yang berkualiti demi negara bangsa yang berjaya.
Mahasiswa-mahasiswi sekalian.
Saya juga berpesan kepada diri saya dan sekalian mahasiswa-mahasiswi UMS agar sentiasa mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran secukupnya sepanjang berada di Universiti, janganlah libatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang akhirnya akan mendatangkan kemudaratan kepada diri anda sendiri dan universiti. Kami di PMUMS begitu komited untuk membangunkan kebolehan dan kemahiran kendiri setiap mahasiswa di samping memastikan kebajikan mahasiswa UMS sentiasa terjaga dan terbela. Untuk itu, kami mengharapkan sokongan dan bantuan daripada semua mahasiswa UMS untuk bersama-sama menggerakkan semangat berpersatuan di UMS ini.
Akhir kata, selamat menempuhi alam baru dalam sejarah hidup anda, selamat menjadi MAHASISWA UMS, dan selamat datang ke dalam keluarga PMUMS. Semoga setiap dari kita berjaya mengharumkan nama Universiti, Negara, Bangsa, Agama yang paling penting nama KELUARGA kita yang tercinta....
Sekian,
MAHARDIKA WARGA,
GEMILANG INSTITUSI.
petikan daripada teks ucapan sempena
Majlis Kepimpinan Mahasiswa sempena
Minggu Suai Mesra UMS sesi 2010/2011..
Thursday, July 1, 2010
Baru....
Saya memilih tajuk yang ringkas untuk post kali ini.... Sempena kemasukan pelajar-pelajar baru ke IPTA seluruh Malaysia yang akan bermula secara rasmi pada 3 & 4 Julai ini.... \
segala-galanya baru... Semester baru... sesi baru... pelajar baru..... alam baru... dan tekad dab azam yang baru....
semester baru dan sesi baru untuk semua pelajar yang telah bergelar senior.... Gelaran yang amat bermakna (kalau di asrama sekolah dulu)..... apa pon yang telah berlaku, biarkan berlalu... bak kate omputih.. LET BYGONE BE BYGONE..... apa pon kesah nya... kita biarkan ia menjadi sejarah dan kenangan....... POINTER, SUBJEK dan segala-galanya lah...... yang penting.. sekarang kita dah masuk ke semester baru.... teruskan kehadapan..... perjuangan masih belum selesai.... ada lagi 1 tahun untuk saya dan yang lain2.... masih ada peluang untuk berjaya dan cemerlang..... selagi mana kita berusaha... dan ingin berubah.. selagi itulah kita masih mempunyai harapan untuk berjaya...
pelajar baru dan alam baru... UMS kali ini dijangka akan menerima hampir 4900 pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda yang baru...... daripada semua pelosok Malaysia... orang kata dari PERLIS HINGGA KE SABAH...... semua ada.. macam-macam kaler... pelajar2 baru ini akan menempuh alam baru dalam perjalanan kehidupan mereka..... ALAM PELAJAR UNIVERSITI... alam yang menawarkan seribu satu pengalaman hidup baru.... terpulang kepada kita sendiri untuk memilih.... salah pilih..... sendiri sengsara
jadi.. di kesempatan ini.. saya mengucapkan selamat datang kepada pelajar UMS yang baru dan Selamat pulang ke kampus buat pelajar UMS.... semoga semester dan sesi kali ini memberikan kita kejayaan yang lebih bermakna......

Subscribe to:
Posts (Atom)