~Mari MengiNgatI Allah~

Wednesday, February 3, 2010

22nd times of my day........


hari ini.... 3 Februari..... seperti tahun-tahun yang sudah....... aku tak juga terlalu menunggu tarikh bertuah nie.... tapi dah die nak juga datang... so aku merelakan la kehadirannya.... ecing!!!!!

buat kali ke 22 nye tarikh ini menjelma lagi.... menandakan usiaku telah semakin lanjut...... persoalannya adakah dengan pertambahan usiaku ini hanya menandakan umur ku sahaja yang semakin bertambah atau iainya disertai dengan pelbagi ilmu, iman, amal yang sepatutnya aku bawa bersama...... Insyaallah akan ku usahakan untuk kembali bermuhasabah... merenung kembali jauh ke dalam diri.... adakah semua ini ada bersamaku??.... mudah-mudahan.....
buat kali ini aku amat bersyukur kehadrat Allah kerana sekali lagi di berikan peluang untuk terus hidup dan beramal...... ditambah pula dengan rezeki yang dikurniakan kepada ku..... atau lebih tepat aku katakan tanggungjawab yang digalaskan kepada ku diatas kejayaan sebagai YB KAMPUS nie..... aku berazam untuk jadikannya sebagai satu tanggungjawab yang perlu aku laksanakan sebaik nya... insyaallah.....
aku berdoa agar diperkuatkan iman, diberikan kesihatan yang baik, ilmu yang berkat, rezeki yang halal, sahabat yang memahami, kasih sayang yang diberkati dan segala yang terbaik untuk seluruh keluargaku terutama AYAHANDA dan BONDA ku Jamaluddin Ahmad & Jawahir Arshad, ADINDA-ADINDA ku Nur Syafiqah, Mohd Syahir, Nur Syahirah, Nur Syamina, Nur Syareena Nabihah, serta ADINDA-ADINDA angkat ku, Syafiq Azwad, Shafiq Dahlan, Syazwan Shahrul Azhar, Afifi Salim, Hafiz Roslan, Norida juga kepada GURU-GURU ku, SAHABAT-SAHABAT ku. SAUDARA MARA ku, ATOK dan NENEK ku... serta semua yang mengenali diriku.... semoga kalian semua sentiasa dilingkungi rahmat dan berkat Allah......

aku juga mengucapkan jutaan terima kasih kepda semua yang mengirimkan ucapan baik melalui sms atau FB... terima kasih diatas ingatan kalian..... aku doakan yang terbaik untuk kalian semua... semoga berjaya didalam setiap lapangan yang kalian ceburi.....

Setinggi-tinggi perhargaan aku tujukan khas kepada AYAHANDA dan BONDA kesayangan ku..... diatas semua pengorbanan dan sumbangan kalian tatkala membesarkan dan mengasuh ku dan kami adik beradik, segala jasa kalian hanya DOA yang aku panjatkan sebagai balasan........ juga kepada semua ADINDA-ADINDA ku... diatas sokongan dan dorongan yang diberikan... ABANG SAYANG KALIAN SEMUA.... insyaallah kita semua akan berjaya......

penghargaan seterusnya aku tujukan kepada semua insan yang pernah mewarnai hidup ku sepanjang 22 tahun ku di dunia nie.... bermula dari mereka-mereka di Kampung Datuk Keramat, di Taman Sri Jelok, SAHABAT di SRJK (c) Yu Hwa, SAHABAT di SMK Tinggi Kajang, dan SAHABAT di Universiti Malaysia Sabah...... terima kasih untuk segalanya... segala kenangan tetap tersimpan sebagai MEMORI indah bersama.........



p/s: aku akan muatkan gambar-gambar mereka yang telah mewarnai hidupku selama ini..... tunggu.....

Sunday, January 31, 2010

Alhamdulillah Dan Terima Kasih......

Alhamdulillah.. perjuangan yang selama ini ku tempuh sudah berlalu..... dan keputusannya amat memuaskan........ terima kasih kepada semua rakan-rakan yang banyak membantu baik dari tenaga dan masa kalian untuk bersama-sama mengharungi pertarungan ini.... hanya Allaj yang mampu membalas jasa kalian setimpalnya.......

kepada rakan-rakan mahasiswa lain..... saya berharap agar anda semua dapat mendoakan agar saya tetap dalam perjuangan sebenar...... tak lari dari matlamat asal.... dan sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah untuk terus berkhidmat untuk anda semua..... saya juga mengharapkan kerjasama anda semua untuk kita sama-sama merevolusikan UMS kita tercinta..... kerana kita semua adalah 'pemain' di dalam UMS.. maka setiap daripada kita perlu untuk menyumbang untuk kejayaan bersama..... Insyaallah.......

Tuesday, January 19, 2010

~Umur Yang Semakin Bertambah~

Assalamualaikum wbt.....

post kali nie agak lain skit...

Hari ini.... 19 Januari.... dua orang adik ku menyambut hari ulang tahun kelahiran mereka...... maka... mereka berdua adalah antara insan yang aku sayang...... (sapa tak sayang adik sendiri kan).... maka.... post kali nie abang tujukan khas untuk kalian.......

1. Nur Syahirah Bt Jamaluddin... (kak teh) 15 tahun....



kak teh... sedar tak sedar dah besar panjang adik perempuan abang yang sorang nie..... tau2 dah 15 tahun.... huhu... dah nak PMR tahun nie...... abang mengaku tak selalu lepak2 ngan kak teh.... and tak ambil berat sangat pasal kakteh..... sebab abang pon bukan selalu ade kat rumah kan...... tapi abang tau yang kak teh seorang yang bijak, anak yang bertanggungjawab, adik yang baik dan kakak yang penyayang..... abang nak kak teh tu yang abang akan selalu bersama kak teh dan sayang kak teh..... abang doakan agar kakteh cemerlang dunia akhirat... jangan lupa study... blaja untuk masa depan kakteh dan keluarga...... doakan ayah ibu, jadi muslimah yang sejati..... jangan lupa solat, dan jangan lupa keluarga...... abang doakan kak teh berjaya dalam PMR tahun nie.... dan dapat masuk asrama penuh tahun depan....... maafkan abang kalau ade tersakitkan hati atau bwat kak teh terasa........ SELAMAT ULANG TAHUN KE 15..... ABANG SAYANG KAK TEH............

2. Mohd Shafiq b Mohd Dahlan..... (19 tahun)




Shafiq..... ramai orang yang memanggil fiq "cepet"....... tapi abang lebih selesa memanggil fiq dengan nama sebenar.... sebab nama kita sama.. dan membawa maksud yang amat indah..... (kalau perempuan tau komfem jatuh hati...).... fiq.... sepanjang perkenalan kita yang dah 7 tahun nie..... abang sedar, banyak salah dan dosa abang kat shafiq..... abang mengaku yang abang memang buat silap... silap antara abang dengan shafiq... dan segala-galanya... tapi percaya lah... abang masih sayang kat fiq..... dan bagi abang... ko tetap adik abang dunia akhirat.... abang minta maaf... dari hujung rambut hingga hujung kaki diatas segala kesilapan dan dosa yang abang dh bwat kat fiq...... maaf kan abang,.... semoga hubungan kita diredhai Allah..... sempena ulang tahun kelahiran fiq yang ke 19 nie.... abang berdoa.. agar fiq berjaya dunia akhirat.... belajar sungguh-sungguh demi masa depan fiq dan keluarga fiq.... jangan lupa Allah, jangan lupa solat, doakan ibu ayah, jadilah anak yang soleh yang mampu berbakti untuk kedua ibu-bapa.... abang juga berdoa supaya fiq dapat ape yang dah fiq impikan..... selangkah lagi ke Universiti... jadi... jangan terleka.... SELAMAT HARI LAHIR ke 19.... ABANG SAYANGKAN SHAFIQ..........

Akhir kata...


SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN BUAT ADIK-ADIK KU....... SMOGA RAHMAT DAN NIKMAT ALLAH SENTIASA BERSAMAMU..... PERLINDUNGAN DAN BANTUAN ALLAH SENTIASA MENDAMPINGIMU...... KASIH SAYANG DAN REDHA ALLAH MENJADI KEKUATAN MU, SEMOGA SEMUA IMPIAN MU DAPAT DICAPAI.........


ABANG SAYANG ADIK-ADIK ABANG.......................
























Sunday, January 10, 2010

MEMACU SEBUAH REVOLUSI.......

agak lama aku membiarkan blog ni sunyi ....... bersarang .... dan segalanya..... janji ku untuk berkongsi cerita "Antara 2 UM".... pon masih blum terlaksana.... heish.... dan kini... kembali aku ke kampus... bakal mungkin bersarang blog nie... sebab masalah teknikal yang hanya dipahami oleh seluruh warga kampus induk UMS nie... atau mungkin hanya golongan pelajar je yang paham... sebab kalau TNC dan NC paham... mungkin masalah nie dah diselesaikan lama dulu....... haih... entah lah......


ok lah... daripada dibiarkan sepi.... baik aku bercerita sikit tentang janji ku dahulu...

"ANTARA 2 UM"...
hurm... sebut betul2.. ikut nahu dan gaya bahasa yang betul tanpa singkatan.... UM... ini bukan singkatan kepada Universiti Malaya.. walaupon latar tempat nya adalah mungkin berkaitan dengannya..... "UM" yang aku maksudkan ialah "MADUM" dan "MAKUM".... atau jika dipanjangkan.... Majlis Debat Universiti Universiti Malaysia & Majlis Kebudayaan Universiti Universiti Malaysia...... ok... semua dah paham???
1. aku start with MADUM...... aku sekali lagi berkesempatan untuk menyertai pertandingan debat yang dianjurkan dan diseliakan dibawah Majlis ini... iaitu nama glamernye Debat Royal..... ini kali kedua aku menyertainya... yang bertempat di UM (Universiti Malaya)...... secara individu.. aku sangat berpuas hati dengan prestasi aku kali ini.... namun.. jika dilihat dari sudut pasukan... untuk pasukan ku UMS UTAMA 1.. aku amat berpuas hati... kehadiran senior yang memang lama aku idamkan untuk di 'match-up' kan bersama amat membantu ku.... pelbagai ilmu telah dikongsikan oleh nya..... macam2 kerenah... macam2 skil dan stail kami cuba lakukan sebagai langkah eksperimental terhadap keupayaan diri dan pasukan..... namun diakhirnya.... tetap kandas di pusingan awal..... agak mengecewakan.... tapi segalanya telah berlalu... jadi.... still look forward for next debate,,, yang mungkin kebaragkalian aku untuk sertai semakin tipis......
untuk kesekian kalinya.. usaha untuk kembali meletakkan nama UMS di persada debat IPT Malaysia.... menemui jalan buntu...... sandik!!! tapi nak bwat macam mane.. kami akan tetap berusaha kearah itu......
2. kita sambung pulak dengan 'MAKUM'... buat pertama kalinya aku telah menyertai Festival Kebudayaan Universiti universiti Malaysia.... ayng berlangsung di 4 buah Universiti sekitar lembah klang.. UM, UKM, UPM, UiTM..... aku bersama pasukan dikir barat UMS.. PERMATA SARI.... berpeluang menyertai pertandingan tersebut yang berlangsung di UKM..... skrip yang hampir sama.. juga gagal untuk menyinar... namun persembahan kami mendapat pujian daripada penonton2 dan hadirin yang hadir melihat pertandingan ini........ sedaya mungkin kami semua berusaha untuk mengharumkan UMS.. namun kekuatan dan kapasiti yang ada pada Universiti2 lembah klang.. memang sukar digugat....... tapi.. tak apa... kami juga masih baru.... dan juga akan terus berusaha untuk meletakkan UMS diantara pencabar utama dalam FestKUM 2010...... nantikan kami....
3. Ironinya.... kedua2 acara yang aku sertai ini mempunyai pelbagai perspektif yang berbeza....
a. Pasukan debat yang mempunyai jurulatih..... bertaraf bintang dan dikenali ramai dalam dunia debat malaysia.... namun kami gagal untuk meletakkan nama mereka pada tempat yang sepatutnya,.... sekali imbas mungkin tudingan kesalahan itu mungkin mengarah kepada kami..... namun.... jika aku dapat simpulkan didalam satu ayat mudah... beginilah bunyi nya....
"kami mungkin dapat meletakkan nama-nama harum mereka ditempat selayakkan jika MEREKA tahu membezakan MAKSUD dan KONSEP 'JURULATIH' & 'JURULETER'....
b. Pasukan debat yang langsung tidak mempunyai jurulatih, tapi dilatih oleh kami-kami sendiri... mapu untuk memberi saingan dengan semangat dan keazaman yang tinggi untuk mengharumkan nama UMS.. kami datang dengan satu tujuan iaitu menang... bukan aku maksudkan yang pasukan debat tak berazam sebegini rupa... namun keazaman yang di pendam aku rasa belum sampai pada tahapnya.....
3. akhirnya... aku rase sdah tiba masa nye UMS perlukan sebuah revolusi... baik dari segala aspek...... lahiriah mahupun batiniah... pelajar mahupun kakitangan... prasarana mahupun sistem... untuk kita sama2 menuju kearah kegemilangan yang kita semua idamkan..... BERTEKAD CEMERLANG hanya sekadar slogan jika kita semua hanya melaungkannya tanpa memahami maksud dan merungkai JIWA slogan ini....
BERSAMA KITA MEMACU SEBUAH REVOLUSI.. untuk UMS TERCINTA...
p/s : gambar tak dapat nak insert sebab line internet slow gila hawak........ sori.... tapi akan diusahakan.....

Sunday, December 20, 2009

ANTARA 2 'UM' ...... pending story...

sebenarnya dah lama aku nak post nie... its have been postponed nearly 2 weeks... hahaha..... the only reason is i could find my lovely camera cabel to transfer all the pictured for being used in this post..... but.... unfortunatedly.. until now... the cabel are still missing.... (maybe its all bcause my mess room)..... shit.... its really need to be cleaned!!!!!

ok... back to the post.... seriously i dont have any mood to write about it untill i could find my cabel back and transfer all the picture to be shared with you guys...... so hope u guys pray hardly so that i could find back my camera cabel..... then... i would write the post....

p/s : plz.. plz... plz....

Tuesday, November 24, 2009

hari semakin hampir.....

debaran kian terasa.... hari ini bertarikh 24 november 2009 menandakan "countdown" ke debat diraja semakin menguncup.... 11 hari lagi.. dan bermakna... kurang 2 minggu lagi Universiti Malaya akan menjadi tempat berhimpunnya golongan-golongan "PEMIKIR" muda dari seluruh IPTA seluruh Malaysia yang akan beraksi untuk bertelingkah secara intelektual pada PERTANDINGAN DEBAT DIRAJA 2009..... untuk setiap para pendebat IPTA... tidak lengkap rasanya kalau menjadi seorang pendebat Universiti jika tidak pernah menjejakkan kaki ke pertandingan ini...
bagi saya yang diberi kesempatan sekali lagi untuk mewakili UMS ke pertandingan yang amat berprestij dalam kalender MADUM, insyaallah saya akan berusaha sebaik mungkin untuk menyiapkan diri untuk pertandingan kali ni... walaupon sedar akan cabaran dan kekangan yang ada... namun semua itu akan ditangani bersama ra kan sepasukan yang lain.....

diharapkan penyertaan ku pada edisi kali ini bisa membuahkan sesuatu... menjadi kenangan manis untuk diabadikan dalam diary hidup peribadiku.....

kepada rakan-rakan sepasukan.. teruskan latihan dan perjuangan .. semoga ada hasil yang manis dapat kita tuai bersama... kepada pendabat-pendebat daripada Universiti lain... semoga pertemuan kita kali ini dapat menjalinkan ukhuwah yang erat....


SEMOGA BERJAYA SEMUA!!!!!!!





Saturday, November 21, 2009

Ulasan Novel...


hurm.... hari ini... selepas hampir 4 hari aku dibebaskan sementara oleh kongkongan akademik dan bebanan peperiksaan... rasa bosan mulai menerjah jiwa.... maka dengan berbekalkan desktop izwan yang berada disebelah katilku..... aku pon on kan suisnya...... cari punye cari punye cari... selongkar punye selongkar.... akhirnya aku tau ape nak buat...... aku tiba pada satu folder bernama hati..... aku pon klik.... kemudian.. aku jumpe novel e-book... yang berjudul.... ayat-ayat cinta..... hahahaha... maka dengan bismillah... aku membacanya.... huhu... and guest what... aku berjaya menghabiskannya dalam masa sehari..... huh.. letih seyh.. 314 muka surat tu......


bagi aku... novel tu sangat menarik dan mungkin bisa meruntun jiwa insan yang sedang berkasih.... betapa kuatnya cinta sifahri terhadap agamanya dan aisha.... betapa mendalamnya kesan cinta si maria kepada si fahri ... dan betapa tergamaknya si noura memfitnah semata-mata cinta.....


aku pon tak paham adakah begini hebat penangan cinta... mungkin sebab aku belum pernah bercinta secara serius.... sekadar cinta-cinta monyet tu adalah.... tapi yang paling penting aku rasa mungkin aku sedang bercinta.... tapi hanya sekadar cinta dalam hati.... hiiii.. jiwang plak aku nie...


jujur aku cakap... aku sangat terkesan dengan watak fahri dalam novel tu.... kecintaannya kepada ilmu dan islam sangat besar maknanya..... aku sendiri pon tertanya sendiri apakah aku mampu untuk mempunyai cinta yang mendalam kepada agama.... sedangkan solat 5 waktu pon terkadang leka.... sedangkan batas pergaulan antara lelaki perempuan pon masih aku langgar..... ntah lah... tapi aku bertekad dalam hati... bahawa.. satu hari nanti aku akan menjadi seperti fahri.. yang mencintai sesama manusia semata-mata untuk redha dan rahmat allah.... insyaalah... akan aku jadi seorang anak soleh yang akan membahagiakan kedua ibu-bapaku... kekasih yang hanya mencintai kekasihnya untuk rahmat allah.. dan ayah yang akan mendidik dan mengasuh anak anakku kelak dengan ajaran agama serapi mungkin...... aku ingin kan yang terbaik untuk diriku dan seluruh keturunan ku...


YA ALLAH... KAU BENDUNGKANLAH HATIKU DARI BISIKAN SYAITAN YANG MENGAJAK KEPADA LAKNATMU... DAN KAU PERTEGUHKANLAH IMAN KU... AGAR AKU SENTIASA MENJADI HAMBA MU YANG BERSYUKUR...


dalam banyak2 baris ayat dalam novel tu.. aku amat tertarik kepada sebaris ayat yang merupakan doa yang dilafazkan oleh aisha... "Ya Allah.. Letakkanlah Dunia di Tanganku dan Bukan DIHATIKU....." sangat bermakna doa ini... insyaalah akan aku jadikannya sebgai doaku juga.....




bilik 24 jam.

Perpustakaan UMS KK

3:20 pg.. 21 nov 2009..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...