~Mari MengiNgatI Allah~

Thursday, April 9, 2009

~kabinet baru kabinet rakyat~

tepat jam 3.30 ptg 9 april 2009. seramai 28 menteri kabinet serta 40 timbalan menteri kabinet baru kerajaan diumumkan oleh Y.A.B Dato Seri Najib Tun Razak di Putrajaya..... pelbagai kejutan yang sudah atau tidak dijangka langsung oleh rakyat termeterai sudah..

Lapan menteri yang digugurkan ialah Datuk Seri Syed Hamid Albar (Dalam Negeri), Datuk Seri Azalina Othman Said (Pelancongan), Tan Sri Muhammad Muhd Taib (Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Datuk Amirsham A Aziz (Jabatan Perdana Menteri - JPM), Datuk Ong Ka Chuan (Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Datuk Mohd Zin Mohamed (Kerja Raya), Datuk Seri Zulhasnan Rafique (Wilayah Persekutuan) dan Datuk Shahrir Abdul Samad (Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) yang meletak jawatan berkuat kuasa kelmarin selepas kalah dalam pemilihan Umno, bulan lalu.

Tujuh muka baru pula termasuk dua Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan Datuk Kong Cho Ha yang dinaikkan pangkat, masing-masing sebagai Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Tiga lagi ialah Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Menteri di JPM bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Perpaduan dan Pengurusan Prestasi), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Menteri di JPM bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Agama Islam) dan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Menteri Wilayah Persekutuan). Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil serta bekas Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Anifah Aman pula kembali menyertai Kabinet. Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno, memegang portfolio sama, manakala Anifah sebagai Menteri Luar. Shahrizat, Dr Koh yang juga Presiden Gerakan dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Raja Nong Chik (Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai) serta Jamil Khir (bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera), mengangkat sumpah sebagai Senator, petang semalam.
Seramai 14 menteri bertukar portfolio, iaitu Muhyiddin (Perdagangan Antarabangsa dan Industri ke Kementerian Pelajaran), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Kewangan ke JPM), Tan Sri Bernard Dompok (JPM ke Perusahaan, Perladangan dan Komoditi), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Pelajaran ke Dalam Negeri), Datuk Seri Dr Rais Yatim (Kementerian Luar ke Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan), Datuk Peter Chin Fah Kui (Perusahaan, Perladangan dan Komoditi ke Tenaga, Teknologi Hijau dan Air), Datuk Seri Shafie Apdal (Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ke Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Datuk Mustapa Mohamed (Pertanian dan Industri Asas Tani ke Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Dr Ng Yen Yen (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ke Pelancongan), Datuk Noh Omar (Pembangunan Usahawan dan Koperasi ke Pertanian dan Industri Asas Tani), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (JPM ke Pertahanan), Datuk Shaziman Abu Mansor (Tenaga, Air dan Komunikasi ke Kerja Raya), Datuk Ahmad Shabery Cheek (Penerangan ke Belia dan Sukan) dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Belia dan Sukan ke Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna). Tujuh lagi menteri mengekalkan portfolio masing-masing, iaitu Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (JPM), Datuk Ong Tee Keat (Pengangkutan), Datuk Seri Khaled Nordin (Pengajian Tinggi), Datuk Dr Maximus Ongkili (Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Douglas Uggah Embas (Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Liow Tiong Lai (Kesihatan) dan Datuk Dr S Subramaniam (Sumber Manusia)
Daripada 40 timbalan menteri pula sembilan adalah muka baru, iaitu Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Rashid Shirlin (Kesihatan), Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim (Belia dan Sukan), Dr Puad Zarkashi (Pelajaran), Datuk Dr Awang Adek Hussein (Kewangan), Heng Seai Kie (Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan), Datin Paduka Chew Mei Fun (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Datuk Lee Chee Leong (Kementerian Luar) dan Ahmad Maslan (JPM).
Seramai 18 timbalan menteri bertukar portfolio, manakala tiga digugurkan, iaitu Timbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Teng Boon Soon; Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad.


Datuk Seri Najib Razak : Perdana MenteriMenteri Kewangan

Tan Sri Muhyiddin Yassin : Timbalan Perdana Menteri / Menteri Pelajaran
MENTERI

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Prestasi)
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen)
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancangan Ekonomi) Senator Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Datuk Ahmad Husni Hanadzlah : Menteri Kewangan II
Datuk Seri Hishammuddin Hussein : Menteri Dalam Negeri
Datuk Mustapa Mohamed : Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi : Menteri Pertahanan
Datuk Anifah Aman : Menteri Luar Negeri
Tan Sri Bernard Dompok : Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin : Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Noh Omar : Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Maximus Ongkili : Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Datuk Seri Dr Ng Yen Yen : Menteri Pelancongan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin : Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Douglas Uggah Embas : Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Ong Tee Keat : Menteri Pengangkutan
Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil : Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Liow Tiong Lai : Menteri Kesihatan
Datuk Peter Chin Fah Kui : Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Datuk Shaziman Abu Mansor : Menteri Kerjaraya
Datuk Seri Dr Rais Yatim : Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
Datuk Dr S Subramaniam : Menteri Sumber Manusia
Datuk Ismail Sabri Yaakob : Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Seri Shafie Apdal : Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Kong Cho Ha : Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Ahmad Shabery Cheek : Menteri Belia dan Sukan

TIMBALAN MENTERI
Datuk Liew Vui Keong : Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim : Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk S K Devamany : Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Ahmad Maslan : Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
T Murugiah : Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Chor Chee Heung : Timbalan Menteri Kewangan
Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein : Timbalan Menteri Kewangan
Jelaing anak Mersad : Timbalan Menteri Dalam Negeri
Datuk Wira Abu Seman Yusof : Timbalan Menteri Dalam Negeri
Datuk Mukhriz Mahathir : Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Jacob Dungau Sagan : Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad : Timbalan Menteri Pertahanan
Datuk Lee Chee Leong : Timbalan Menteri Luar Negeri
Senator A Kohilan Pillay : Timbalan Menteri Luar Negeri
Datuk Hamzah Zainudin : Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
Datuk Saifuddin Abdullah : Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Dr Hou Kok Chung : Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Johari Baharom : Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Datuk Rohani Abdul Karim : Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Fadillah Yusof : Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Datuk Seri Sulaiman Rahman Abdul Taib : Timbalan Menteri Pelancongan
Datuk M Saravanan : Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
Tan Sri Joseph Kurup : Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Abdul Rahim Bakri : Timbalan Menteri Pengangkutan
Datuk Robert Lau Hoi Chew : Timbalan Menteri Pengangkutan
Senator Datin Paduka Chew Mei Fun : Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin : Timbalan Menteri Kesihatan
Noriah Kasnon : Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Datuk Yong Khoon Seng : Timbalan Menteri Kerjaraya
Datuk Joseph Salang Gandum : Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
Senator Heng Seai Kie Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
Senator Datuk Maznah Mazlan : Timbalan Menteri Sumber Manusia
Datuk Tan Lian Hoe : Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Joseph Entulu anak Belaun : Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Hassan Malek : Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Lajim Ukin : Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Razali Ibrahim : Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Wee Jeck Seng : Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi : Timbalan Menteri Pelajaran
Datuk Dr Wee Ka Siong : Timbalan Menteri Pelajaran



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...