~Mari MengiNgatI Allah~

Saturday, May 9, 2009

~Engkaulah Ratu di Hati Ku~






Ibu, Ibu, engkaulah ratu hatiku....

Bila ku berduka, engkau hiburkan selalu......

Ibu, ibu, engkaulah RATU hati ku.....


bait lagu yang sedari kecil kita semua dengar dan mungkin telah berbekas dihati setiap antara kita...... bagi ku.... lagu nie bukan sekadar lagu.. namun menceritakan segala-galanya...


lagu khas untuk seorang insan yang paling berjasa dan paling mulia di muka bumi ini untuk setiap insan bergelar manusia..... tak kira ape agama, bangsa, negara, dan menjangkaui sempadan geopolitik dunia.... (gitu)....


hari ini tanggal 10 mei. seluruh dunia menyambut hari ibu untuk mengingati jasa, pengorbanan pahit jerih, susah payah dan segala macam lagi perkara yang dilakukan oleh seorang insan yang bergelar ibu... tingginya darjat seorang ibu tidak dapat disangkal oleh sesiapa... malahan bait-bait ayat "syurga itu terletak ditapak kaki ibu" menjelaskan kepada kita yang keredhaan seorang wanita bernama ibu terghadap anak-anaknya amat penting.....



bagi aku.... setelah hampir menjangkau usia 22 tahun ini.... aku amat bersyukur kehadrat Allah kerana masih dikurniakan ibu yang amat aku sayangi..... pengorbanan nya... hanya Allah sahaja yang dapat membalas.....


Kepada BONDAku... JAWAHIR Bt ARSHAD.... daku mendoakan agar Allah akan senantiasa merahmati dan meredhaimu.... semoga hidupmu dilimpahi rahmat dan nikmat... segala urusan mu dipermudahkan Allah... semoga Umurmu dipanjangkan Allah agar dapat aku berbakti kepadamu kelak, dikurniakan kesihatan yang baik..... semoga allah mengampunkan segala dosa mu.. dan menempatkan mu bersama golongan yang dicucuri rahmat...



Ibu.. abg long berjanji... akan terus menyayangimu... abang berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan membahagiakan mu... abang berjanji akan menjaga mu denagn apa cara sekalipun, menjadi anak yang soleh dan berguna untuk semua..... semoga ibu akan terus cemerlang dunia dan akhirat.... doakan anak mu ini derjaya didunia dan akhirat...


sesungguhnya itulah janjiku kepadamu ..... IBU...












No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...