~Mari MengiNgatI Allah~

Tuesday, June 9, 2009

~sAlaH Guna Kuasa~

semakin hari pemikiran aku semakin sesak dek kerana iklim politik malaysia yang semakin menunjal..... keghairahan sesetengah pihak didalam pergelutan kuasa yang semakin mencodak tampak kian menggusarkan..... gejala POLITIKING yang pada asasnya menjadi agenda utama Perdana Menteri ke-6 Malaysia untuk dibanteras sebagai suatu batu loncatan penentu kejayaan slogan 1Malaysia yang di laung-laungkan tampak mempunyai sedikit kelompongan dengan insiden-insiden yang memang memalukan......

insiden perebutan kuasa oleh presiden atau boleh kita kata sebagai presiden-presiden (plural : presidens) Parti Progressif Penduduk (PPP) antara T murugiah dan M Kayveas memang memalukan, lebih-lebih lagi parti ini merupakan parti komponen Barisan Nasional dan juga salah seorang daripada mereka merupakan barisan menteri didalam senarai kabinet yang dikatakan menjunjung tinggi nilai 1Malaysia......

hurm... patut ke semua ini berlaku.... pasal jawatan presiden parti pon leh sampai hantar peluru sebagai ancaman..... huh.. dasar gile kuasa...

tapi..... jom kite tinjau ape plak masalah pihak pembangkang nie.... (PR) la... tapi kisah ini meletakkan mereka sebagai kerajaan.. iaitu di selangor... apabila mereka merupakan kerajaan negeri.... sedar tak sedar sudah menjangkau usia setahun lebih kerajaan pakatan rakyat memerintah negeri selangor..... namun mereka tidak bertindak sebagai kerajaan yang baik....

di kajang sahaja... mereka asyik-asyik menyalahgunakan kuasa yang mereka ada dengan mengeksploitasi segala kemudahan dan fasiliti infrastruktur untuk melakukan ceramah dan forum yang kononnya untuk menerangkan segala konspirasi-konspirasi mainan kerajaan pusat.... di MPKJ misalnya.. forum tentang SKANDAL PKFZ... forum tentang penerangan KONFLIK PERAK.... dan sebagainya.... namun sebaliknya... maksud tersirat yang sedang berlegar didalam setiap penganjuran program merupakan untuk menyampaikan dakyah dan propaganda mereka untuk kepentingn politik mereka.....

adakah ini tindakan yang baik oleh pihak yang digelar kerajaan... sepatutnya sebagai kerajaan mereka seharusnya lebih menumpukan kepada pembangunan baik dari segi material mahupun sahsiah... bukannye masih lagi menyampaikan dakyah dan propaganda mereka.... itu sewaktu pilihanraya mungkin relevan.. namun apabila telah dipilih oleh rakyat untuk mentadbir urus negeri dengan baik,.... sepatutnya mereka lebih menumpukan bagaimana untuk menjana pendapatan negeri.. bukan kearah mana harus mereka membelanjakannya demi kepentingan politik mereka....huh...

tuntasnya... iklim politik malaysia hari ini sememangnya berada diambang la nina menuju el nino... baik daripada BN mahupun PR... maka... wahai ahli-ahli politik.... kini merupakan masa untuk kembali menumpukn perhatian kepada pembangunan negara... bukan pembangunan akaun peribadi, tidak untuk pembangunan rumah sendiri, tidak juga demi mengumpul harta yang cukup untuk makan 7 generasi.... selami dan selidiki masalah kami... bukan sekadar duduk menggoyang kaki setelah perut diisi dengan hasil korupsi......

renung-renungkan.. dan selamat beramal..

3 comments:

Anonymous said...

salam...
isu PPP ialah isu dalaman parti PPP , bukan isu Barisan nasional , begitu juga isu kerajaan perpaduan menjadi isu dalaman PAS bukan isu PR kan. cuma apabila masalah telah meruncing,presiden BN perlu menggunakan kuasanya untuk menasihati pucuk pimpinan PPP.

hakikatnya
PR bukan untuk rakyat tapi menjatuhkan UMNO & BARISAN NASIONAL.

Rakyat cepat terpengaruh dengan dakyah & dakwah pembangkang.

sape tak suka menyerang....
begitu juga..konsert kan..
sape tak suka hahahaha....
jadi PR suka menyerang mcm PR sukakan KONSERT.
heheheehe...

taik la PAS nak perjuangkan negara ISLAM..mana??????
dulu sure heboh diadakan , PAS kata pa...
UMNO memerintah , sure heboh memberontak.
skang..di perak (dululaa masa PR) JOM heboh juga..
Penang (JOM HEBOH juga...,gigs,dance festival)
Selangor..(takyah dox cita..anda taw kan)
APA YA PAS BUAT DLM PR , jadi badut ke??jadi proksi undi kpd DAP ka heheheeh....
moral=jgn tuduh org kalo x pernah pegang kerajaan , kan dah jadi kerajaan badut....
Dato' Nizar(bukit gantang) pun sanggup kata -PAS bukan nak melaksanakan negara islam??
wah..berubah kan...
apa ney??
mana perjuangan baidatuntayyibah warabun ghaffar yang dilaung-laungkan..

aiseymen...ckp x serupa BIKIN.

Hakikatnya

PAS- mahu menubuhkan negara islam dan menjadikan kelantan serambi mekah. namun perbezaan ideologi dengan DAP telah menjadikan rakyat keliru dgn PAS , kerana DAP menentang HUDUD & NEGARA ISLAM , pas nak plax..aisey...
fikirkan lah....
takkan nak suruh MURSYIDUL AM MURSIDI bersama jentera PRO-M berjubah aspirasi membantu hehehehe......

DAP-berjuanag konsep malaysian malaysia @ Republikan MALAYSIA
yang menghapuskan institusi RAJA BERPELEMBAGAAN.
aisey..NEGARA ISLAM X NAK.. SULTAN PUN mau di hapuskan juga ka..
apa bomoh yang DAP pakai da sampai PAS lupa asalusul DAP.org kata pa.. ludah ke langit heheheh

PKR- bukan parti keadilan rakyat , tapi PARTI KEADILAN RETORIK anuar untuk jadi PM heheheheeh...
16 september dah lepas...
3 March pun dah lepas...
apa ya lepas nie....

RAKYAT MALAYSIA dan MAHASISWA-tanya pada diri anda..
apa yang PR dah buat untuk kebajikan anda selain menghentam kerajaan . jangan ckp time pilihanraya... pasti anda ialah sultan mereka...hehehe

TOLAK PAS TIDAK BEERTI TOLAK ISLAM
TOLAK DAP ERTINYA TOLAK PENINDASAN ISLAM
TOLAK PKR ERTINYA TOLAK PENIPUAN ISLAM

TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA , TAKKAN ISLAM DIMAINKAN DURJANA.

BERANI BERUBAH said...
This comment has been removed by the author.
BERANI BERUBAH said...

Salam...
mcm maner kerja cawangan bahagian??
ada masalah??
heheheh..
amboi...politik??
hehehehe
apa-apa pun bercakap atas dasar akademik dan perlembagaan.
jgn biar pemikiran kita dikawal oleh amir yang tidak dipilih berdasarkan demokrasi.....

hormatilah amir yang mendapat mandat mahasiswa
SAUDARA AZRUL BIN IBRAHIM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...