Malaysia sememangnya sebuah negara yang amat bertuah kerana sentiasa diberkati dan dirahmati Allah dengan kurniaan NikmatNya dengan KEAMANAN, KEMAKMURAN dan KEMERDEKAAN yang sememangnya penting untuk sesebuah negara....
kalau kita lihat ke seluruh dunia kini, bermacam-macam persengketaan dan bencana melanda... Dari Timur sampai la ke Barat... semua tak terlepas dangan masalah dan bencana.... Sungguhpon kata orang itu amaran dan hukuman dari ALLAH keatas umat manusia yang ingkar.... (ni tak dapat nak sangkal).... namun, kalau kita tgk dari satu aspek yang lain.. semua musibah nie berpunca daripada sifat manusia itu sendiri yang tidak pandai bersyukur dan lantas merosakkan BUMI ini tanpa berfikir yang bahawasanya BUMI ini HANYA DIPINJAMKAN untuk kita.... so kalau kita tak pandai nak jaga harta PINJAMAN ni.... maka rosak la ia... dan kerosakan itu berlaku dalam pelbagai bentuk.. baik dari segi Alam Sekitarnya, Ekonominya, Politiknya, dan Sosialnya......
Di Malaysia hari ni.... simptom-simptom kerosakan tu dah mula menampakkan rupanya... dan mungkin bukan simptom lagi... mungkin dah memang rosak teruk... pelbagai masalah dan musibah melanda.. antara kita sedar atau pun tak..... tapi kita masih lagi membiarkan kerosakan itu berlaku... walaupon ada yang cuba untuk memperbaikinya.. namun usaha-usaha tersebut kadangkala dilihat seumpama tikus membaiki labu.... sebab.. puak nie membaiki.. puak lagi satu merosakkan yang lain... alamatnya sampai ke sudah pon.. gitu la jugak.....
Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke 54 tahun ni.... apa kata kita semua bermuhasabah dan benfikir bagaimana kita nak jaga MALAYSIA ni sama-sama... Malaysia nie penuh dengan warna-warninya.... sempurna dengan pelbagai keistimewaan dan kaya nilai sejarah dan budayanya.... peranan kita adalah untuk menjaganya dan memastikan bahawa kemerdekaan kita ini terus terpelihara sampai ke Akhirnya.......... Dari PERLIS sampai ke SABAH..... semua wajib mempertahankannya...
p/s : korang tak caya Malaysia nie UNIK?? ce try tgk video nie..... Lagu asal daripada SABAH.. tapi atas rasa kebersamaan tu.. ade yang ubah kepada versi yang lain.. tapi apapepun... ianya tetap ASAL DARI MALAYSIA......
ni yang asal.. Nyanyian Jimmy Palikat..
hok ye ni.. versi Kelantan.. Nyanyian sape tak tau... hehe
No comments:
Post a Comment