~Mari MengiNgatI Allah~

Saturday, March 2, 2013

Doa kami kepada ALLAH.. MOGA SYAHID UNTUK MU....



Sehingga ke waktu ini.. kita masih lagi sedang berduka dengan insiden 2 pegawai komando VAT 69 PDRM yang terkorban dalam pertempuran dengan Kiram Group a.k.a Tentera Sultan Sulu... Al-Fatihah dan doa kita kirimkan agar jenazah yang terkorban dikurniakan syahid dan ditempatkan dikalangan syuhada..

Trending hangat di media baik arus perdana mahupun alternatif, facebook, twitter dan sebagainya. Semuanya  menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sebenarnya mampu untuk bersatu dan berjuang demi mempertahankan negara tercinta.. CUMA.. muncul beberapa politikus-politikus sialan cuba memesongkan perasaan kebersamaan rakyat Malaysia dan menarik para pengikut totok dengan menimbulkan segala kontroversi dan perasaan kebencian yang membusuk.... LAHANAT...... kata orang Bagai Kaduk Naik Junjung.. Bodoh tak boleh diajar, Pandai tak boleh diikot.... kalau dah hati tu SYAITAN.... SYAITAN jua perlakuan dan percakapannya......

sudah-sudah la tu berpolitik... saya kira rata-rata rakyat malaysia sudah mula muak, jelik, juih, letih, dan segala macam jenis perlakuan dan fitnah dilemparkan oleh para politikus yang memang 'pandai' mengambil kesempatan diatas 'kebodohan' dan 'kedunguan' masyarakat kita.... baik aliran kanan, mahupun kiri....

kenapa saya kata begitu... sebab perjalanan iklim politik Malaysia pada masa ini.. mempertontonkan kepada kita semua tentang bagaimana tahap intelektual masyarakat Malaysia.. sokongan yang diberikan terhadap mana-mana parti dan pemimpin JARANG dan mungkin TIDAK berasaskan rasional akal yang perlu digunakan.. semuanya sekadar permainan SENTIMEN, PERSEPSI, dan EMOSI yang semuanya kita maklum berpunca daripada hawa nafsu yang senantiasa diganggu dan dikawal oleh SYAITAN..

pendek kata.. kebanyakan daripada kita mahupun yang mengaku islam, bahkan ada yang LEBIH islam berbanding yang lain... semuanya walah kepada bisikan penghuni neraka ini.....
mungkin juga saya kerana menzahirkan pelbagai perkataan yang sumbang dan mungkar dalam post ini...

Akhirnya... saya ingin berpesan kepada diri saya dan diri anda semua.... bahawa AKAL yang ada, buka dan guna, jangan biar terpekung tanpa berjasa.. emosi diri perlu dikunci, moga tidak membebal hati..

Hasta Luego~

Syafiq Ridzwan Jamaluddin
2 Mac 2013


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...