~Mari MengiNgatI Allah~

Monday, August 17, 2009

H1N1:Keranamu Dunia Lebih Bermakna....





1.
tampaknya tajuk post nie agak sinis, lagi2 tatkala H1N1 telah dikategorikan sebagai pandemik oleh WHO dah di Malaysia, dalam keadaan tenat namun masih belum dalam keadaan darurat..... hurm..... apa nak jadi....??
2.
sebenarnya tajuk nie merupakan tajuk pusingan akhir saya sewaktu menyertai pertandingan Debat Piala Naib Canselor UMS 2009, yang telah melabuhkan tirai minggu lepas... pelbagai suka-duka, sejarah telah tercipta... kemenangan Kolej saya yang berganda mengungguli kedua-dua kategori senior dan junior..... pendebat terbaik liga dan akhir, kejayaan merampas kembali piala yang telah 2 tahun dirampas oleh Kolej lain, penampilan kolej-kolej yang selama ini dianggap bukan saingan di pentas akhir... serta penganjuran yang saya kira sangat memuaskan..... thanks and GOOD JOB for the commitee and all the debaters.....

3.
ok..... balik kite ke tajuk nie.... sebenarnya tajuk nie ditukar saat akhir oleh ketua hakim.. Dr Ramzah.. kira-kira 2 jam sebelum pertandingan bermula... hampir file meroyan semua kitorang mase tu..... tapi, berkat semangat yang masih berbaki... kami lawan juga.... sudah la lawan kampus cawangan.... adoih.. kalau kalah.. memang kitorang bertiga gantung diri la kot... bersara dari arena debat.. ye la... 3 orang pendebat Universiti, lawan 3 orang pendebat kolej, sudahlah tu, kolej dari kampus cawangan lagi, pastu dah la Dr Ramzah yang Ketua hakim.... uih... memang bahaya.... masa mc umumkan keputusan.... DENGAN JURI 7-0.. MARGIN SELESA....... USUL H1N1:KERANAMU DUNIA LEBIH BERMAKNA............... Allah je lah yang tau perasaan kitorang masa tu..... gila kau... kalau klah dengan team underdog juri 7-0.......memang aku terus selamat tinggal dunia debat la...... hujung2 tu... mc cakap... usul DITOLAK..... ,melompat gembira dan ucapan syukur kitorang....
4.
kawan saya ade soh post kan dalam nie summary of the match hari tu..... insyaallah... sedang dalam fasa REFRESHING..... sebab haritu itorang OPPOSITION... jadi.. kena pk balik ape yang kerajaan bawa..... mungkin dalam mase 2 hari... ingat lah tu..... so sementara tu... tengoklah dulu gambar2 nie..... uhuhuh... gambar sekitar DPNC 09.....


kemenangan kedua ku dalam DPNC......


bersama pendebat kolej ku.... thanks guys....



kemenangan berganda Kolej Kediaman Anugerah Bestari...


gaya seorang bakal menteri....

Thursday, August 6, 2009

~rona rona politik malaysia~

1.

Sekali lagi tajuk post diguna semula…. (demi menyahut seruan kerajaan atas kempen kitar semula)…. Huuuu.. atau dah takde idea……
hurm lantaklah, itu bukan persoalan dasar…. Pokoknya post kali nie, saya ingin megajak anda semua… untuk menilai dan merungkai permasalahan iklim politik dimalaysia pasca PRU-12..
yang daripada suam-suam kuku, kepada seram-seram sejuk, dan kini dah jadi sejuk beku……

2.


Isu pertama, saya terbaca posting di satu halaman blog seorang individu yang boleh saya sifatkan sebagai pengikut totok arena politik Negara, dalam artikelnya, beliau mempersoalkan janji BN yang tidak dikotakan di MANEK URAI seperti yang diperkatakan sewaktu kempen PRK Dun tersebut…… katanya sebagai kerajaan yang baik….. BN sepatutnya mengotakan janji mereka kerana BN hanya kalah dengan undi majority yang kecil.. tambahan, BN menang besar di hamapir kebanyakan peti undi dan saluran tertentu, contohnya dikawasan MANEK URAI BARU, MANEK URAI LAMA, dan beberapa kawasan peti undi lagi…….


Jawapan saya mudah…….


· Pertama, walaupun majoriti kecil, namun mandate yang diberikan oleh penduduk kawsan tersebut masih lagi milik kerajaan PAS… lagipun, PRK tersebut adalah untuk memilih Ahli Dun.. dan DUN negeri Kelantan adalah milik kerajaan PAS…… jadi dalam aspek ini… siapakah yang lebih bertangungjawab untuk membangunkan kawasan tersebut..??? KERAJAAN PUSAT ATAU KERAJAAN NEGERI???
· Kedua, mungkin akan ditanya balik, jadi ape peranan KERAJAAN PUSAT?? Mudah sahaja, KERAJAAN PUSAT menyalurkan bantuan kepada kawasan AHLI PARLIMEN, dan walaupun AHLI PARLIMEN kawasan tersebut juga dipegang oleh PAS, namun kerajaan tidak pernah menyekat bantuan kepada kawsan tersebut khasnya dan negeri KELANTAN amnya…… saya kira ini jelas memperlihatkan usaha PAS untuk menyembunyikan kegagalan mereka untuk mentadbir urus negeri dengan baik…. Lantas menuding jari kepada BN yang kononnya mendiskriminasi kawasan untuk dibangunkan….
· Ketiga, kerajaan tak pernah pon mengabaikan pembangunan di segenap pelosok kawasan di Negara kita, di KELANTAN misalnya…. Kerajaan dah wujudkan ECER (WILAYAH PEMBANGUNAN EKONOMI PANTAI TIMUR) jelas menunjukkan kesungguhan KERAJAAN BN untuk membantu rakyat…..
· Sebagai timbal balik, saya mempersoalkan… bagaimana dengan janji PAS dan sekutunya dalam manifestonya untuk menawan Selangor dulu..(rujuk gambar)… pernah ke terlaksana sedangkan dah hampir setahun memerintah ???? sehingga kini takde satu pon janji yang dikotakan.. sekadar janji tinggal janji…



. Namun ape yang berlaku, semakin banyak penyelewengan yang dilakukan oleh EXCO kerajaan negeri Selangor, contoh : mempertikaikan hukum ARAK oleh YB Ronnie Liew, penyelewengan WANG PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI, juga oleh BELIAU!!!! MENGGALAKKAN INDUSTRI PELACURAN, RUMAH URUT,KONGSI GELAP dan ARAK, juga oleh BELIAU,…. Mana pergi pejuang-pejuang PAS yang kononya memperjuangkan AGAMA????? Tak berani sebab takut hilang kuasa…… dasar CAUVANIS BUTA….

3. Isu kedua, berkaitan perhimpunan pemansuhan ISA….. didalangi oleh pemimpin pakatan PEMBANGKANG…. Yang terpekik, melalak menentang…. Kononnya AKTA ISA ini bersifat kejam…. Tapi sedar atau tidak… yang bersama-sama mereka yang menentang tu adalah DSAI….. yang masa manjadi timbalan P.Menteri dulu… dialah yang sibuk mempertahankan ISA nie…. Tapi sekarang… atas dasar kepentingan peribadi, yang semakin gila kuasa….. mungkin juga untuk mengalihkan perhatian RAKYAT terhadap isu MAHKAMAHnye yang MASIH lagi tergantung… bayangkan macammana BELIAU boleh fikirkan tentang suatu perkara lain sedangkan KES MAHKAMAH nye masih lagi tergantung,???? Sah-sah bersalah…. Macam-macam alasan…. Orang kate BERANI KERANA BENAR…. Jadi SAIFUL dan BERANI buat SUMPAH depan AL-QURAN…. DSAI bila lagi????? Sekadar meminta penangguhan dengan segala macam alasan… apa motif disebalik semua ini?? Bagi penyokongnya???? Masih lagi mengagungkan pemimpin macam nie???? Dasar #*%^……..

4. Sebenarnya banyak lagi, isu yang hendak saya bincangkan bersama…. Namun disebabkan kekangan masa…( nak bersiap ke kuliah)…. Maka saya hentikan tarian jari-jemari ini untuk member peluanga anda semua fikirkan bersama….. mungkin jika ade rezki dan kesempatan masa.. akan saya ajak anda senua berbincang lagi segala masalah politik di Malaysia ku tercinta…..

5. Akhir kata… saya tinggalkan anda dengan bait lagu warisan yang penuh makna untuk kita hayati bersama…..


Anak kecil main api,
Terbakar, hatinya yang sepi,
Air mata darah, bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang……

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesama lah kita,
Cinta lenyap diarus zaman..

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Pribumi merintih sendiri….
masa depan sungguh kelam,
kan lenyap peristiwa semalam,
tertutuplah hati, terkunci mati,
maruah peribadi dah hilang…..

kini kita hanya tinggal kuasa,
yang akan menentukan bangsa,
bersatulah hati, bersama berbakti,
pulih kembali harga diri…..

kita sudah tiada masa,
majulah dengan maha perkasa,
janganlah terlalai, teruskan usaha,
melayu kan gagah di nusantara……

Sunday, August 2, 2009

~oPeRatiON~

hari khamis lepas..... 30 julai 2007... ibunda ku telah selamat menjalani pembedahan kerana penyakitnya.... SYRINGOMYELIA...... huh... susah nak sebut n susah nak explen.... tapi ape2 pon.... alhamdulilllah semuanya selamat.... sekarang nie dalam proses recovery untuk sihat seperti sediakala.....

memang cukup menakotkan.... tak pernah aku tunggu orang operation sampai 9 jam.... ya allah.... tuhan je la yang tahu perasaan aku masa tu.....

dan hari ini.... 2 ogos aku dah kena balik ke sabah untuk sambung kelas yang aku rase dah lama gila aku tinggal.... tak tau lah nak catch up dari mane.... macam banyak sangat aku dah tinggal.... nampak nye kena keje lebih la aku nie....... makin bertambah la bil letrik kolej tu dek kerana penggunaan giat aku untuk study bende2 yang aku dah tinggal.....

k la.... nanti aku upload gambar2 sepanjang operation tu.... banyak post len yang aku nak tulis... tunggu......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...