~Mari MengiNgatI Allah~

Thursday, August 6, 2009

~rona rona politik malaysia~

1.

Sekali lagi tajuk post diguna semula…. (demi menyahut seruan kerajaan atas kempen kitar semula)…. Huuuu.. atau dah takde idea……
hurm lantaklah, itu bukan persoalan dasar…. Pokoknya post kali nie, saya ingin megajak anda semua… untuk menilai dan merungkai permasalahan iklim politik dimalaysia pasca PRU-12..
yang daripada suam-suam kuku, kepada seram-seram sejuk, dan kini dah jadi sejuk beku……

2.


Isu pertama, saya terbaca posting di satu halaman blog seorang individu yang boleh saya sifatkan sebagai pengikut totok arena politik Negara, dalam artikelnya, beliau mempersoalkan janji BN yang tidak dikotakan di MANEK URAI seperti yang diperkatakan sewaktu kempen PRK Dun tersebut…… katanya sebagai kerajaan yang baik….. BN sepatutnya mengotakan janji mereka kerana BN hanya kalah dengan undi majority yang kecil.. tambahan, BN menang besar di hamapir kebanyakan peti undi dan saluran tertentu, contohnya dikawasan MANEK URAI BARU, MANEK URAI LAMA, dan beberapa kawasan peti undi lagi…….


Jawapan saya mudah…….


· Pertama, walaupun majoriti kecil, namun mandate yang diberikan oleh penduduk kawsan tersebut masih lagi milik kerajaan PAS… lagipun, PRK tersebut adalah untuk memilih Ahli Dun.. dan DUN negeri Kelantan adalah milik kerajaan PAS…… jadi dalam aspek ini… siapakah yang lebih bertangungjawab untuk membangunkan kawasan tersebut..??? KERAJAAN PUSAT ATAU KERAJAAN NEGERI???
· Kedua, mungkin akan ditanya balik, jadi ape peranan KERAJAAN PUSAT?? Mudah sahaja, KERAJAAN PUSAT menyalurkan bantuan kepada kawasan AHLI PARLIMEN, dan walaupun AHLI PARLIMEN kawasan tersebut juga dipegang oleh PAS, namun kerajaan tidak pernah menyekat bantuan kepada kawsan tersebut khasnya dan negeri KELANTAN amnya…… saya kira ini jelas memperlihatkan usaha PAS untuk menyembunyikan kegagalan mereka untuk mentadbir urus negeri dengan baik…. Lantas menuding jari kepada BN yang kononnya mendiskriminasi kawasan untuk dibangunkan….
· Ketiga, kerajaan tak pernah pon mengabaikan pembangunan di segenap pelosok kawasan di Negara kita, di KELANTAN misalnya…. Kerajaan dah wujudkan ECER (WILAYAH PEMBANGUNAN EKONOMI PANTAI TIMUR) jelas menunjukkan kesungguhan KERAJAAN BN untuk membantu rakyat…..
· Sebagai timbal balik, saya mempersoalkan… bagaimana dengan janji PAS dan sekutunya dalam manifestonya untuk menawan Selangor dulu..(rujuk gambar)… pernah ke terlaksana sedangkan dah hampir setahun memerintah ???? sehingga kini takde satu pon janji yang dikotakan.. sekadar janji tinggal janji…



. Namun ape yang berlaku, semakin banyak penyelewengan yang dilakukan oleh EXCO kerajaan negeri Selangor, contoh : mempertikaikan hukum ARAK oleh YB Ronnie Liew, penyelewengan WANG PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI, juga oleh BELIAU!!!! MENGGALAKKAN INDUSTRI PELACURAN, RUMAH URUT,KONGSI GELAP dan ARAK, juga oleh BELIAU,…. Mana pergi pejuang-pejuang PAS yang kononya memperjuangkan AGAMA????? Tak berani sebab takut hilang kuasa…… dasar CAUVANIS BUTA….

3. Isu kedua, berkaitan perhimpunan pemansuhan ISA….. didalangi oleh pemimpin pakatan PEMBANGKANG…. Yang terpekik, melalak menentang…. Kononnya AKTA ISA ini bersifat kejam…. Tapi sedar atau tidak… yang bersama-sama mereka yang menentang tu adalah DSAI….. yang masa manjadi timbalan P.Menteri dulu… dialah yang sibuk mempertahankan ISA nie…. Tapi sekarang… atas dasar kepentingan peribadi, yang semakin gila kuasa….. mungkin juga untuk mengalihkan perhatian RAKYAT terhadap isu MAHKAMAHnye yang MASIH lagi tergantung… bayangkan macammana BELIAU boleh fikirkan tentang suatu perkara lain sedangkan KES MAHKAMAH nye masih lagi tergantung,???? Sah-sah bersalah…. Macam-macam alasan…. Orang kate BERANI KERANA BENAR…. Jadi SAIFUL dan BERANI buat SUMPAH depan AL-QURAN…. DSAI bila lagi????? Sekadar meminta penangguhan dengan segala macam alasan… apa motif disebalik semua ini?? Bagi penyokongnya???? Masih lagi mengagungkan pemimpin macam nie???? Dasar #*%^……..

4. Sebenarnya banyak lagi, isu yang hendak saya bincangkan bersama…. Namun disebabkan kekangan masa…( nak bersiap ke kuliah)…. Maka saya hentikan tarian jari-jemari ini untuk member peluanga anda semua fikirkan bersama….. mungkin jika ade rezki dan kesempatan masa.. akan saya ajak anda senua berbincang lagi segala masalah politik di Malaysia ku tercinta…..

5. Akhir kata… saya tinggalkan anda dengan bait lagu warisan yang penuh makna untuk kita hayati bersama…..


Anak kecil main api,
Terbakar, hatinya yang sepi,
Air mata darah, bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang……

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesama lah kita,
Cinta lenyap diarus zaman..

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Pribumi merintih sendiri….
masa depan sungguh kelam,
kan lenyap peristiwa semalam,
tertutuplah hati, terkunci mati,
maruah peribadi dah hilang…..

kini kita hanya tinggal kuasa,
yang akan menentukan bangsa,
bersatulah hati, bersama berbakti,
pulih kembali harga diri…..

kita sudah tiada masa,
majulah dengan maha perkasa,
janganlah terlalai, teruskan usaha,
melayu kan gagah di nusantara……

1 comment:

Abadi said...

salam bro..
its look like u are UMNO supporter. just nak betulkan beberapa fakta agar bro lebih berfikiran terbuka dalam menilai sesuatu isu. bukan atas dasar semangat kemelayuan semata-mata yang pastinya akan menghancur ranapkan slogan 1malaysia oleh Pm tersebut.

1. berkenaan dengan janji BN untuk membina jambatan baru di manik urai sekiranya BN menang. tak masuk akal seorang TPM, menabur janji murahan. yang saya pasti, setiap pelang pembangunan yang dicadangkan oleh mana2 pemimpin akan dimajukan di parlimen dan dewan rakyat untuk dibahaskan. dan bukan dengan menang pilihanraya, jambatan akan terus dibina. melainkan TPM akan mensponser buat jambatan tersebut. bila BN kalah, keluar pula kenyataan beliau, 'rakyat manik urai tidak mahukan pembangunan'. sadis saya mendengarnya. kalau da kalah terima dengan koreksi diri. bukan menyalahkan orang lain. kalah tipis tetap di bahasakan sebagai kalah juga. jangan terlalu egoistik. manefesto kerajaan negeri selangor. merujuk kepada tulisan bro "sehingga kini takde satu pon janji yang dikotakan.. sekadar janji tinggal janji… ". nampaknya bro kurang membaca atau kurang mengikuti isu semasa. ada antara janji yang telah ditunaikan. eg. pemberian 2o meter padu percuma kepada lebih 1 juta penduduk. boleh rujuk http://putrawangsa.com/selangor-sah-dapat-air-percuma/

2. bro menulis tentang ISA. bro tau tak kenapa mereka turun berdemo walaupun mereka tau akan risikonya. bukan suka2 seorang pakcik OKU, orang tua, mahasiswa, budak2, orang sihat dan pelbagai manusia lain turun berdemo. pasti ada sebab. pernah bro selidik nasib keluarga tahanan ISA? sila baca

http://saifulislam.com/?p=2869
http://saifulislam.com/?p=2174

bro jangan hanya melihat orang pada celanya sehingga apa yang di bawa olehnya, walaupun benar bro terus bakul sampahkan sebagai ideologi pembangkang. pemimpin BN pn banyak buat silap. eg. PM dan isu altantuya, khir toyo dengan istananya (sekadar menyebut beberapa contoh), tidak terjawab sehingga sekarang. berkenaan dengan dakwaan liwat DSAI. nampaknya bro sangat kurang membaca dan sangat tidak cerna dengan isu semasa. apatah lagi berkaitan denagn hukum-hakam agama. sila baca
http://putrawangsa.com/laporan-perubatan-saiful-hospital-pusrawi/

http://www.husammusa.com/index.php/opinion/38-opinion/133-beberapa-catitan-tentang-hukum-qazaf-dalam-tulisan-ulama-jawi

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15858&Itemid=50

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16081&Itemid=50

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15880&Itemid=59

sekadar untuk memberi pencerahan kepada bro. jangan skeptik dan prejudis dengan pembangkang. masing2 ada kelebihan dan kelemahan. namun yang zalim tidak boleh dipertahankan apatah lagi di angkat menjadi pemimpin..

lastly but not least, sila baca
http://saifulislam.com/?p=5879
renung2kn...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...