~Mari MengiNgatI Allah~

Wednesday, July 8, 2009

~Akhirnya~

akhirnya...

pada 7 julai tahun 2009. maka termansuhlah dasar PPSMI yang telah berjalan hampir 5 tahun.... hasil pelbagai gerakan pemansuhan yang dianggotai oleh pelbagai golongan masyarakat baik ahli akademik, golongan sasterawan, golongan pemikir dan juga yang pasti tidak ketinggalan ahli-ahli politik baik dari kerajaan mahupun pembangkang.....

ini merupakan suatu kejayaan besar yang menunjukkan sistem demokrasi dimalaysia masih lagi mampu untuk dibanggakan...

nah!!! persetankan segala degungan suara politikus buta yang menyatakan sistem demokrasi di malaysia diambang kehancuran,.... cis..

suara-suara rakyat sering didengari oleh kerajaan didalam usaha mentadbir negara kearah kemaslahatan bersama.... contohnya, terang lagi bersuluh.. isu PPSMI... isu AUKU... isu RASUAH, dan segala macam lagi isu yang menjadi keluhan hati suara rakyat-rakyat diluar sana...... hasilnya.... PPSMI diMANSUHKAN.... AUKU diPINDA... RASUAH ditangani dengan SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA.... dan banyak lagi.....

siapa kata kerajaan hanya berdiam diri..... mungkin ada sesetengah isu dan masalah tidak ditangani secara efisien... namun cube kita beri ruang dan peluang untuk mereka para aristrokrat yang dipilih melalui suara demokrasi untuk menyelesaikannya... dan peranan kita..... bukan hanya duduk mengangkang, tapi cuba menjadi warganegara yang mampu untuk menyumbang kearah kesejahteraan bersama,....

kepada penyokong pembangkang... cuba buka mata sedikit... apa guna bertindak sebagai pembangkang namun tidak langsung menyumbang idea dan saranan untuk membangunkan negara... apa guna kita bertukar kepada sesuatu yang masih belum pasti tahap keefisienan mentadbir urus (kes kampung buah pala pon tak mampu).... bukankah lebih baik sama-sama bersatu untuk membetulkan sistem sedia ada dengan idea dan sumbang saran kearah pemantapan organisasi sedia ada.....

fikir-fikirkan.....

~Kenangan MsM 09/10~

huh.. hampir 5 hari dah tamat MsM 09/10.... syukur alhamdulillah diatas rahmat dan nikmat yang Allah kurniakan untuk semua bergerak kerja untuk MsM kali ni... semoga Allah membalas segala penat lelah yang kita berikan dengan ganjaran yag setimpal.....
kepada semua team PROSAM Gen 2..... Nice to be with all of u within that miserable and exhausting 2 weeks time..hahahah... hope our friendship will lasting forever..... thanks guys...(girls also)....
kepada unit-unit lain.. juga terima kasih diatas kerjasama semua... segala salah silap harap dimaafkan, terlebih terkurang mintak dihalalkan.. semoga berjumpa lagi untuk program2 akan datang.. (ceh, macam duk len2 U)....
Menyambut adik-adik di terminal 1... "terminal 1 masuk".. (ayat chua dari walkie talkie)...
Selamat menjalani kehidupan di UMS..... Bertekad Cemerlang...
Nie Kat terminal 2.. "terminal 2 masuk"..... (ayat chua jugak)....
UMS...UMS....
laungan AJK PROSAM yang tak kenal penat jemu.....
Selamat Tinggal Abby.... (padahal balik UMSKAL je pon)....
PROSAM GEN2......

sesi post mortem PROSAM...


penat menunggu adik-adik di airport... Along.. tidak senonoh.....

Monday, July 6, 2009

~kembali Menaakul~

sepanjang bergiat didalam arena blog nie, banyak perkara telah aku pelajari...

bermula dengan hanya sekadar beranggapan yang blog ini sekadar untuk melahirkan perasaan dan isi hati terhadap segenap aspek yang mencakupi pelbagai arena.........

dan yang paling utama kerana ingin menandingi kehebatan seseorang rakan yang kononnya beliau merupakan yang paling hebat dalam setiap bidang...... itu prinsip aku, pantang dicabar... (hahaha).....

namun setelah melihat keadaan situasi politik malaysia yang kian membabi buta... (opsss,... taKut kene H1N1) dan juga setelah membaca pelbagai blog hasil karya segelintir insan yang menjadi aktivit penulisan blog ini sebagai salah satu sisi kehidupan mereka..... aku kembali menaakul jauh di sudut hati..... adakah aku tegar untuk bersama-sama bergiat didalam arena penulisan yang serba bebas ini sehingga dapat menyaingi kehebatan hasil pemikiran dan penulisan mereka...... (mungkin masih jauh)......

sungguh ku akui... kekadang aku sekadar menulis mengikut nafsu tanpa mencakna suatu isu secara mendalam, kekadang aku menulis untuk mengisi masa lapang..... dan juga kekadang sekadar untuk me"nembak" golongan reformis totok yang mendewa-dewa segelintir pemimpin politik mereka yang kononnya maksum.....

namun hari ini aku mula berfikir, adakah gaya penulisan ini akan dapat bertahan ...... langsung tidak mencerminkan kematangan selaku golongan intelek....... sekadar menulis tanpa berfikir..... benar kata seorang pensyarah ku.... golongan mahasiswa sekarang semakin lembap didalam menaakul sesuatu isu... baik global mahupun domestik.... huh... tembakan tepat ke sasaran kotak minda yang kosong....

seorang ahli pemikir pernah berkata.... anda tidak akan dapat menjadi seorang penulis yang hebat jika anda bukan seorang pembaca yang hebat...... maka... mulai hari in... aku berazam untuk menjadi seorang pembaca yang baik..... baik dalam apa jua ilmu.....

Thursday, July 2, 2009

~iS ThiS Called RasisM~

keras bunyi post ni.....

jangan risau post nie sekadar menyatakan apa-apa, cuma ingin cuba membangkitkan persoalan kepada setiap para pembaca sekalian (kalau-kalau ade la)......

macam nie ceritanya.....

Alkisah.....

minggu nie saya menguruskan minggu suai mesra di UMS...... kira macam orientasilah untuk semua pelajar-pelajar baru yang masuk Universiti lah......... dan macam biasa si UMS nie..... adelah satu jawatan yang bagi pelajar-pelajar UMS memang tak asing lagi iaitu "ABANG SISWA"........ kerja die kira macam ketua la didalam dewan untuk mengawal pelajar dan keadaan....

nak dijadikan cerita, abang siswa untuk MSM sesi kali ini bagi saya sedikit tak perform lah.. (maaf ye jeff)... bukan ape, kadang-kadang arahan yang die keluarkan amat mengelirukan semua pelajar dan kadang-kadang menimbulkan situasi kelam kabut didalam dewan..... perwatakan yang kurang tegas yang dipamerkan oleh beliau juga kadangkala mengundang beberapa situasi yang menyulitan tugas-tugas kami sebagai PROSAM yang lain.......

tapi ini bukan isu utama......

isunya ialah pada suatu majlis itu, saya bersama seorang AJK PROSAM berbangsa cina bertugas untuk mengawal keadaan dibahagian atas, setelah usai majlis tersebut, memandang majlis tersebut telah memakan masa yang agak lama (over run)... maka semua pelajar muslim masih belum bersolat asar, maka abang siswa nie pon beri lah arahan kepada semua pelajar muslim untuk keluar bersolat asar kerana waktu kian menganjak ke waktu gajah..... namun dalam arahan nya yang lain meminta selepas solat sila masuk kembali ke dalam dewan..... kemudian beliau megeluarkan arahan lagi bahawa meminta semua pelajar untuk kembali kedalam dewan untuk program berikutnyea (sesi malam) pada jam 7 malam...... sedangkan pada waktu itu telah hampir ke jam 6 dan pelajar lain.. (non-muslim) masih lagi tidak dilepaskan untuk pulang.... maka menyinga la pelajar2 non muslim nie...... dan secara tiba-tiba abang siswa nie pon melepaskan lah pelajar2 lain pulang ke kolej kediaman masing-masing....... jadi suasana dewan berada didalam yang agak kelam kabut dengan semua pelajar bergerak keluar dengan sangat tidak teratur dan tersusun...

then didalam kedaan yang serba kelam kabut tu... saya terdengar la seorang pelajar cina berkata dalam bahasa cina.... yang lebih kurang macam nie la maksudnya....

BODOH!! ORANG CINA DIBULI OLEH ORANG MELAYU......

saya terus tersentak.... terpinga-pinga saya berfikir sendiri apakan perbuatan abang siswa tu sampai die rasa yang orang cina sedang dibuli???? hairan sungguh..... lantas datang lagi seorang pelajar cina yang lain berkata (juga dalam bahasa cina)

saya betul2 tak puas hati!!!!! diorang suruh yang muslim keluar tapi kita masih tinggal didalan dewan ini!!!! HUH!!!!....

sekali lagi saya hairan..... takkan suruh pegi solat pon nak marah sampai tak puas hati..... bukan dilepaskan balik...... takkan lah sebagai BAKAL MAHASISWA pon masih tak mampu berfikir apakah arahan yang diberikan....

bagi saya perkara ini cukup serius, didalam kerajaan kita sibuk melaungkan serta mempergiatkan usaha untuk menyemarakkan perpaduan dengan konsep 1 MALAYSIA... masih ade lagi perasaan prejudis sesama kaum..... malah ini bukan daripada masyarakat yang tidak berpendidikan, namun daripada bakal golongan2 intelektual......

maka, saya serahkan semula kepada anda untuk menilai sejauh mana tahap perpaduan di malaysia.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...