~Mari MengiNgatI Allah~

Wednesday, July 8, 2009

~Akhirnya~

akhirnya...

pada 7 julai tahun 2009. maka termansuhlah dasar PPSMI yang telah berjalan hampir 5 tahun.... hasil pelbagai gerakan pemansuhan yang dianggotai oleh pelbagai golongan masyarakat baik ahli akademik, golongan sasterawan, golongan pemikir dan juga yang pasti tidak ketinggalan ahli-ahli politik baik dari kerajaan mahupun pembangkang.....

ini merupakan suatu kejayaan besar yang menunjukkan sistem demokrasi dimalaysia masih lagi mampu untuk dibanggakan...

nah!!! persetankan segala degungan suara politikus buta yang menyatakan sistem demokrasi di malaysia diambang kehancuran,.... cis..

suara-suara rakyat sering didengari oleh kerajaan didalam usaha mentadbir negara kearah kemaslahatan bersama.... contohnya, terang lagi bersuluh.. isu PPSMI... isu AUKU... isu RASUAH, dan segala macam lagi isu yang menjadi keluhan hati suara rakyat-rakyat diluar sana...... hasilnya.... PPSMI diMANSUHKAN.... AUKU diPINDA... RASUAH ditangani dengan SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA.... dan banyak lagi.....

siapa kata kerajaan hanya berdiam diri..... mungkin ada sesetengah isu dan masalah tidak ditangani secara efisien... namun cube kita beri ruang dan peluang untuk mereka para aristrokrat yang dipilih melalui suara demokrasi untuk menyelesaikannya... dan peranan kita..... bukan hanya duduk mengangkang, tapi cuba menjadi warganegara yang mampu untuk menyumbang kearah kesejahteraan bersama,....

kepada penyokong pembangkang... cuba buka mata sedikit... apa guna bertindak sebagai pembangkang namun tidak langsung menyumbang idea dan saranan untuk membangunkan negara... apa guna kita bertukar kepada sesuatu yang masih belum pasti tahap keefisienan mentadbir urus (kes kampung buah pala pon tak mampu).... bukankah lebih baik sama-sama bersatu untuk membetulkan sistem sedia ada dengan idea dan sumbang saran kearah pemantapan organisasi sedia ada.....

fikir-fikirkan.....

1 comment:

Faezan Bin Amidun said...

Salam sokong tu bukan kerana apa tapi hairan apabila memeggang satu ideologi politik tu terlalu taksub tapi kenapa menunding jari terhadap orang lain tetapi perkara tersebut sendiri tidak buat hairan gak.... Jangan nak alihkn mata rakyat apabila buat demonstrasi agar sesuatu kepentingan politik itu,beberapa perkara buat dengan baik dengan cara yang betul dan dihalalkan bukan dengan menyekat ekonomi dengan perhimpunan yang entah2 kesian gak dengan penggerai-penggerai tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...