~Mari MengiNgatI Allah~

Thursday, July 2, 2009

~iS ThiS Called RasisM~

keras bunyi post ni.....

jangan risau post nie sekadar menyatakan apa-apa, cuma ingin cuba membangkitkan persoalan kepada setiap para pembaca sekalian (kalau-kalau ade la)......

macam nie ceritanya.....

Alkisah.....

minggu nie saya menguruskan minggu suai mesra di UMS...... kira macam orientasilah untuk semua pelajar-pelajar baru yang masuk Universiti lah......... dan macam biasa si UMS nie..... adelah satu jawatan yang bagi pelajar-pelajar UMS memang tak asing lagi iaitu "ABANG SISWA"........ kerja die kira macam ketua la didalam dewan untuk mengawal pelajar dan keadaan....

nak dijadikan cerita, abang siswa untuk MSM sesi kali ini bagi saya sedikit tak perform lah.. (maaf ye jeff)... bukan ape, kadang-kadang arahan yang die keluarkan amat mengelirukan semua pelajar dan kadang-kadang menimbulkan situasi kelam kabut didalam dewan..... perwatakan yang kurang tegas yang dipamerkan oleh beliau juga kadangkala mengundang beberapa situasi yang menyulitan tugas-tugas kami sebagai PROSAM yang lain.......

tapi ini bukan isu utama......

isunya ialah pada suatu majlis itu, saya bersama seorang AJK PROSAM berbangsa cina bertugas untuk mengawal keadaan dibahagian atas, setelah usai majlis tersebut, memandang majlis tersebut telah memakan masa yang agak lama (over run)... maka semua pelajar muslim masih belum bersolat asar, maka abang siswa nie pon beri lah arahan kepada semua pelajar muslim untuk keluar bersolat asar kerana waktu kian menganjak ke waktu gajah..... namun dalam arahan nya yang lain meminta selepas solat sila masuk kembali ke dalam dewan..... kemudian beliau megeluarkan arahan lagi bahawa meminta semua pelajar untuk kembali kedalam dewan untuk program berikutnyea (sesi malam) pada jam 7 malam...... sedangkan pada waktu itu telah hampir ke jam 6 dan pelajar lain.. (non-muslim) masih lagi tidak dilepaskan untuk pulang.... maka menyinga la pelajar2 non muslim nie...... dan secara tiba-tiba abang siswa nie pon melepaskan lah pelajar2 lain pulang ke kolej kediaman masing-masing....... jadi suasana dewan berada didalam yang agak kelam kabut dengan semua pelajar bergerak keluar dengan sangat tidak teratur dan tersusun...

then didalam kedaan yang serba kelam kabut tu... saya terdengar la seorang pelajar cina berkata dalam bahasa cina.... yang lebih kurang macam nie la maksudnya....

BODOH!! ORANG CINA DIBULI OLEH ORANG MELAYU......

saya terus tersentak.... terpinga-pinga saya berfikir sendiri apakan perbuatan abang siswa tu sampai die rasa yang orang cina sedang dibuli???? hairan sungguh..... lantas datang lagi seorang pelajar cina yang lain berkata (juga dalam bahasa cina)

saya betul2 tak puas hati!!!!! diorang suruh yang muslim keluar tapi kita masih tinggal didalan dewan ini!!!! HUH!!!!....

sekali lagi saya hairan..... takkan suruh pegi solat pon nak marah sampai tak puas hati..... bukan dilepaskan balik...... takkan lah sebagai BAKAL MAHASISWA pon masih tak mampu berfikir apakah arahan yang diberikan....

bagi saya perkara ini cukup serius, didalam kerajaan kita sibuk melaungkan serta mempergiatkan usaha untuk menyemarakkan perpaduan dengan konsep 1 MALAYSIA... masih ade lagi perasaan prejudis sesama kaum..... malah ini bukan daripada masyarakat yang tidak berpendidikan, namun daripada bakal golongan2 intelektual......

maka, saya serahkan semula kepada anda untuk menilai sejauh mana tahap perpaduan di malaysia.......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...