~Mari MengiNgatI Allah~

Wednesday, February 25, 2009

~dimana SILAPnya~

sebenarnya takde ape yang sedang terlintas dibenak ku untuk mencoret sesuatu di dalam ruangan maya ku ini.... namun diatas desakan senior yang sibuk suruh meng"update" blog nie... maka untuk tidak menghampakan die..... saya coretkan la juga sesuatu... sebenarnya memang saja nak bagi pengunjung yang belum penah atau pertama kali berkunjung ke blog nie membaca entri yang bagi saya terbaik penah saya buat setakat nie... i'm what i am.... tu... ahahaha...

hurmmmm 'ADA APA DENGAN CINTA'.. itulah tajuk diskusi ilmu yang telah berlangsung di dewan serbaguna kolej anugerah bestari pada ahad lepas.... walaupun hanya sekejap menghadiri diskusi berkenaan namun ok la juga berbanding mahasiswa lain yang hanya datang amik makanan percuma then 'chow'..... kalau ditenungkan pada tajuk nie... saya menganggarkan ramai lah mahasiswa yang akan memenuhi dewan... ye la.. tajuk cinta... tapi... jangkaan nyata meleset.... namun takde ape yang menghairankan. memang dah dijangka sedari terpasangnya banner yang mempromosikan program tersebut, memang tak akan mendapat sambutan yang menggalakkan.... (seperti program-program lain di UMS) dimana silapnya?????


MAHASISWA LESU.......
perkataan keramat yang sedang membelenggu mahasiswa di segenap ceruk bumi UNIVERSITI MALAYSIA SABAH ni.... kekadang saya terfikir.. kenapa setiap program yang dianjurkan penyertaan hanya dikalangan AJK, SEKRETARIAT, JAKMAS, MPP, HEP dan segelintir mahasiswa yang aktif.... sedangkan sasaran awal setiap program adalah untuk mahasiswa sekaliannya.... senaraikanlah apa sahaja program yang telah, sedang dan yang akan berlangsung di UMS nie, baik anjuran JAKMAS, MPP, Persatuan Mahasiswa Sekolah dan segalanya, penyertaan tetap yang gitu-gitu je......

kadang-kadang saya sedikit cemburu tatkala duduk berborak dengan kawan-kawan daru U lain, penah saya bertanya pada kawan yang sedang belajar di UM.. apa yang seronok sangat tinggal kolej nie... sudahlah kena bayar mahal-mahal, makan lagi.... sedangkan rumahnya hanya 30 minit je dari UM tu..... tapi ape die jawab..... tinggal kolej nie best.. banyak aktiviti... program... dok umah takde bende2 camnie...... juz imagine... KOLEJ di UM tu boleh anjurkan pertandingan forum peringkat IPTA, debat peringkat IPTA dan sebagainya.... dan sambutan yang diterima dan diberikan oleh segenap penghuni KOLEJ amat2 menggalakkan....... kalau kita kat UMS nie...... jangan kata anjurkan pertandingan peringkat IPTA..... nak anjurkan DPNC pun mencanak cari AJK..... tu tak pe lagi.... penyertaan pun sekadar cukup-cukup kouta je... lepas la untuk buat group utk first round.... MANA SILAPNYA????????

program paling teruk sekali sepanjang arena penganjuran program di UMS nie bagi saya PERHIMPUNAN AGONG PMUMS lepas... bukan saya salahkan AJK yang bertanggungjawab.... walaupun terdapat juga kelemahan dari pihak mereka.. (biasalah, semua program ade silapnya) tapi yang paling menyedihkan adalah sambutan mahasiswa UMS yang hanya tak sampai suku DEWAN CANSELOR yang boleh memuatkan hampir 5000 umat manusia pada satu-satu masa...... MANA SILAPNYA????? oklahh kalao pelajar cakap masa tak sesuai, ade midterm la, kelas malam, la...... tapi adalah hampir 3/4 pelajar UMS ade kelas malam tu... mid term???? setahu saya pelajar UMS nie ade dekat 16000 pelajar.... tolak KAL dalam 5000 tinggal lah lagi 11000 lagi.... tapi kehadiran malam tu tak sampai pon 1000... sedangkan yang datang rasminye tu bukan tokei BTC CAFE kampung E... timbalan menteri kementerian pengajian tinggi yang datang..... tak ke malu Datuk K dan semua pegawai UMS yang turut datang malam tu mengenangkan kerusi dewan canselor yang lagi banyak daripada pelajar..... "kerusi ke yang masuk UMS nie" mungkin itu persoalan yang timbul di benak datuk k masa tu kowt....MANA SILAPNYA????

tapi saya bangga jugak la sebab akhirnya JAKMAS AB dapat juga memikirkan bagaimana nak settle kan masalah KURANGNYA SAMBUTAN mahasiswa terhadap program yang dijalankan... amik kehadiran mengikut blok dan bilik...... idea yang saya dah pikir lame... tapi tak berpeluang untuk suara kan....yang takdatang maknanya tak aktif la.... kalau banyak aktiviti yang dianjurkan tapi tetap tak datang, maknanya ahli lelap KOLEJ la tu... maka ahli-ahli lelap kolej nie haruslah kita singkirkan.... perabih boreh jo nyimpan orang camnie kat kolej..... bwat tinggi bil api air je..... kalau kita tengok sume U kat semenajung tu.... pelajar yang tak aktif kat kolej, naik tahun 2 je selamat tinggal..... ko cari la umah sewa kat luar..... bayangkan kat kl tu yang sewa rumah paling murang 800 sebulan....(kat jalan kelang lama la kowt).... tapi tetap jua... "RULE IS RULE" peduli ape..... tapi UMS nie baik hati sangat..... simpan lagi student student yang memang jadikan KOLEJ nie sebagai MOTEL murahan diorang... TIDOR-MAKAN-MANDI....... lain tarak...... tapi sejaoh mana penguatkuasaan peraturan tu kita sama-sama tunggu.... jangan setakat HANGAT-HANGAT TAHI LEMBU sudah lah.....

KEPADA SEMUA JAKMAS DI UMS NIE...... SILA AMBIL PERHATIAN...!!!!!
TAHUN DEPAN SINGKIRKAN JE STUDENT YANG LANGSUNG TAKDE SUMBANGAN TERHADAP KOLEJ MASING-MASING....... BUANG DUIT JE SIMPAN DIORANG NIE......KALU DIORANG CAKAP DIORANG BAYAR YURAN.... CAKAP BALIK... BERAPA SANGAT YURAN YANG DIORANG BAYAR SETAKAT RM400 SATU SEM..... NAK BISING... SOH DIORANG PEGI UM YANG YURAN KOLEJ JE SAMPAI RM 900 SATU SEM... ADE YANG SAMPAI RM 1200 SATU SEM......

Monday, February 16, 2009

I'm What I am......



wHat Is SyaFiq RiDzwaN Really Mean.....



I Am Seductive and
Ruthless

I am the total package - suave, sexy, smart, and strong. I am the whole world under my spell, and can influence almost everyone i know. i don't always resist your urges to crush the weak. Just remember, you don't have as much going for them as i do.I am a free spirit, and resent anyone who tries to fence me in.I am unpredictable, adventurous, and always a little surprising.I may miss out by not settling down, but I'm too busy having fun to care.I'm usually the best at everything ... i strive for perfection. I'm confident, authoritative, and aggressive. I have the classic "Type A" personality.I'm loving, compassionate, and ruled by my own feelings.I am able to be a foundation for other people... but still know how to have fun. Sometimes my emotions weigh me down, but i generally feel free from them.
I tend to be pretty tightly wound. It's easy to get me excited... which can be a good or bad thing.I have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. I don't stick with any one thing for very long.I have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. My biggest problem is making sure i'm finish the projects thah been start. People see me as a complete enigma, and only me truly understand who am i. I spend most of my time introspecting and seeking truth. I'm very interesting person... but not many people know me enough to realize it. I'm wild, crazy, and a huge rebel. i always up to something, have a ton of energy, and most people can't handle me. I'm very intense, definitely are a handful, and i likely to get in trouble. But my kind of trouble is a lot of fun. I'm balanced, orderly, and organized. I'm like a ducks in a row. I'm powerful and competent, especially in the workplace. People can see me as stubborn and headstrong. i'm definitely have a dominant personality, incredibly wise and perceptive. i have a lot of life experience. I'm a natural peacemaker, and especially good at helping others get along. But keeping the peace in my own life is not easy. I see things very differently, and it's hard to get me to budge. I'm very charming... dangerously so. I have the potential to break a lot of hearts. I know how what i want, how to get it, and that i will get it. I have the power to rule the world. Let's hope i'm a benevolent dictator! I'm very intuitive and wise. I understand the world better than most people and also have a very active imagination. I'm often get carried away with my thoughts. I'm prone to a little paranoia and jealousy. Sometimes go overboard in interpreting signals.

Saturday, February 7, 2009

secebis renungan bwat semua.!!!!!!!

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.''''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.
CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.

SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG,SELEKEH,KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI''.KATA BARBER.''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!''.KATA BARBER.''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.''

Thursday, January 29, 2009

~Emansipasi Melayu Ku~

aku lihat layu didalam
melayu.....


aku pasti bukan ku sahaja yang nampak,
ada juga yang bercadang bertanya tuan punya,
tapi bercampur risau dan tak tergamak.....
nanti dikata tak bersyukur dikata tak sedar diri....
jadi aku menyendiri, memerhati, dan akhirnya mengakui...
yang kita sendiri membiarkan bunga raya melayu ke kanan....
dan membiarkan bunga tak cantik mekar di kiri...

aku lihat layu didalam
melayu.....


tanah air kita yang punya, kita siram, kita baja...
tapi angin api kita lupa.... mereka merancang menjilat bangsa......
13 harimau bertukar menjadi mangsa....
kita lupa....
nenek moyang kaya raya, jangan sesekali digadai harta bendanya....
kulihat layu didalam melayu......


tak kan melayu hilang didunia...
tapi ape guna tak hilang didunia jika kewujudannya tak dirasa, tak bermakna......
petah berbahasa namun kudrat tak berjasa....
orang berbudi kita hanya tau merasa.....
selalu lari bila di rapat, selalu malu bila soalan diaju ;
selalu segan memberi pandapat, rela mengikut daripada meneraju.....
belum menyanyi dah bersorak,
suka berjanji dalam borak...
bukan kata tak ada otak, cuma tak berfikir diluar kotak......


kulihat layu dalam
melayu...

kulihat layu dalam
melayu....

kulihat layu dalam
melayu.....

aku jadi sayu., bunga menangis dia mendayu....
mahu jadi cantik tapi ragu...
owh, aku merayu...
bangunlah semula hidup kembali,
jangan tunggu matahari mati,
cepatlah mekar sebelum terlerai

kerna........
perjuangan kita masih
belum selesai........

Wednesday, January 28, 2009

secebis kata luahan hati lontaran kalbu......

saya rase terpanggil kembali untuk menulis entri yang ketiga sepanjang saya menceburkan diri didalam arena memblogging ni.... walaupun masih baru namun tak pe... orang k.l kate pelan2 kayuh...... saya ingatkan takde orang yang bermnat nak membaca blog yang tak seberapa nie.... tapi rupe-rupenya ade... alhamdulillah walaupun mungkin tak sampai 10 orang... sekurang kurang nya, nukilan saya mendapat perhatian........
entri tentang palestin menang.... baru baru nie sya ingat kan akan menjadi luahan hati saya semata, namun rupenye telah mencuit sedikit perhatian seorang hamba Allah..... terlebih dahulu terima kasih diucapkan diatas komen yang membina.... namun terdapat satu dua perkara yang menarik perhatian saya tentang komen beliau.... begini lah..... sedari awal biarlah saya melakukan sedikit tekaan.... mungkin serkap jarang barangkali.... mungkin saudara yang meninggalkan komen tersebut lebih berlatarbelakangkan agama dan mungkin sekali berkecimpung dalam arena politik 'PEMBANGKANG'.... dan saya lebih kearah 'KERAJAAN'... namun itu tidak bermaksud saya tidak berlatarbelakangkan agama.....
baiklah.... jom kite selusuri satu persatu permasalahan yang ditinggalkan oleh saudara tadi.... yang pertama beliau menukilkan pendapat yang kononnya media arus perdana hari ini d kuasai oleh kerajaan... lantas segala laporan dan paparan yang ditampilkan oleh media tersebut bersifat 'bias' yang kononnya bermotifkan untuk memecahbelahkan pakatan pembangkang.... baik.... jawapan pertama... memang media hari ini dikawal oleh kerajaan dibawah kementerian penerangan.... namun setiap ape yang diterbitkan dan disiarkan masih tertakluk di bawah akta hasutan dan akta suruhantaya komunikasi.... maka tiada satu pun berita yang berbaur menghasut rakyat dan mendedahkan kelemahan pembangkang sehingga dapat memecahbelahkan pakatan pembangkang.... kalau ada pun yang mendedahkan kelemahan tadbir urus pembangkang ianya hanya sekadar untuk melaporkan kejadian yang berlaku di dalam negara..... namun,..... kita lihat media alternatif bawaan pambangkang.... harakah misalnya.... lebih banyak menyiarkan perkara-perkara yang menghentam kerajaan, mengutuk pemimpin, dan sebagai nya.. sampai kadang2 saya malu untuk membacanya didepan rakan rakan bukan melayu... keran akhbar tersebut memang semata mata bermotifkan mungutuk kerajaan dan jelas menampakkan kepincangan dan keretakan bangsa kita.... suara keadilan..... dan segala mcam lagi... kalau kita selidik... tiada satu pon akhbar yang ditulis oleh bangsa lain selain bangsa kite nie yang menghentam sesama bangsa walaupun berlainan fahaman politik....nah.. sekarang media bawaan siapa yang lebih 'LAHANAT'..... kemudian saudara nie kate lagi banyak perubahan telah dilakukan oleh kerajaan pakatan rakyat tapi tak diberitau.... baik... saya cabar saudara nie.... senaraikan 10 perubahan yang telah dilakukan oleh kerajaan pakatan rakyat setelah hampir setahun memerintah negeri masing-masing.... dan buktikan bahawa kandungan manifesto pakatan rakyat dahulu telah dilaksanakan...???
persoalan kedua, saudara nie berkata konon nya banyak penceramah2 agama dihalang drpd memberikan ceramah kerana mereka orang pas...... nie pun ntah btol ntah tidak...... yang saya tengok.... makin banyak cd2 rakaman ceramah yang disampaikan oleh ustaz2 yang katenye pas nie terjual di masjid2... siap ade yang menyanyi lagi sesuka hati mengutuk kerajaan...... inikah penceramah terkemuka konon nya..... nak bercakap tentang islam tapi dalam masa yang sama mengutuk pimimpin..... inikah ajaran Rasulullah.... setahu saya... rasulullah kate taati lah pemimpin kamu selagi mane pemimpin itu tidak mengajak kepada kemungkaran.... ha.... jadi sekrang.... pikir2 kan lah....
persoalan ketiga tentang isu BN menolak hukum hudud..... yang konon nya BN memperlekehkan hukum ALLAH..... nauzubillah..... baik persoalan pertama.... adakah dengan menolak hukum hudud tersebut terus dijatuhkan hukuman menolak agama..... kalau begitu kite semua satu malaysia tergolong dalam golongan yang menolak agama... sebab kita masih lagi tak implement hukum hudud nie.... imam masjid negara pun masok skali dalam kategori nie.... sebab die pon orang BN..... camtu?????? orang kate berfikir sebelum berkata...... kita duduk dalam negara berbilang bangsa.... mesti kene ade tolak ansur..... bukan lah kite terpakse bertolak ansur sehingga menjatuhkan hukuman bahawa kita bersikap sekular... dan saya yakin... kalaupun PAS dapat memerintah satu hari nanti pon.... hukum hukum hudud nie pon akan tetap ditentang oleh rakan sepakatan dengan diorang......
jangan terlalu mudah menghukum orang lain kafir, munafik, sekular, dan segala macam lagi tanggapan hanya kerana amalan agamanya kurang berbanding kita..... mungkin amalan kita yang banyak nie pun belum tentu kita dapat menjadi muslimin yang unggul..... sedar lah..... saya bukan bercakap demi perjuangan bangsa... namun perjuangan agama yang konon nye dijulang oleh segelintir pihak.... adakah ianya benar2 perjuanagan islam sebenar...???? adakah islam mengajar kita untuk berbalah sesama saudara..... adakah islam mengajar kita untuk mengutuk pemimpin yang bertindak atas jalan yang btol... adakah islam mengajar kita untuk mengkafirkan sesama islam...... dan adakah islam mengajar kita agar berpecah belah... saudara..... mungkin ilmu agama saya tidak sedalam ilmu agama saudara.... namun ingat lah bahawa islam itu indah dan mudah..... jangan hanya disebabkan fahaman politik yang disempitkan oleh segelintir pihak.... menyebabkan agama, bangsa kita dipandang randah oleh bangsa dan agama lain..... ingatlah firman ALLAH : "dan berpegang teguhlah kamu dengan tali ALLAH dan jangan lah kamu bercerai berai.."
saudara, ketahui lah... bahawa PAS dan UMNO yang sama-sama memperjuang kan bangsa melayu dan agama islam pernah memenangi semua kerusi parlimen yang dipertandingkan pada pilihanraya umum yang ketiga.... dan waktu itu kita mempunyai kuasa yang cukup kuat untuk membangun kan bangsa dan agama kite... kerana apa.???? sebab kita bersatu demi kepentingan bersama.... namun.... akhirnya... PAS keluar daripada BN kerana ingin membawa haluan sendiri..... akhirnya.... siapa yang rugi...?????
BANGSA dan AGAMA kita....

Monday, January 19, 2009

palestin menang....!!!!!!!

saya terpanggil untuk membaca artikel yang disiarkan oleh utusan malaysia...... "israel menang" konon...... ntah ape yang menang pon masih saya pikirkan sampai skang..... kalu setakat berjaya membunuh orang awam yan tak kira sape.... laki ke, pompuan ke, budak kecik pon diorang nak bunuh... hampir dekat 1200 orang dah diorang bunuh,.... tu yang diorang kate menang.... puih....menang taik kucing.... nampak sangat dayus nye israel nie...... tak kire mase.... siang ke... malam ke..... time orang tgh solat ke.... suke hati mak bapak diorang je..... dah la x tentu mase.... semu tempat dibomnye... rumah... hospital... skolah..... sampai pejabat PBB pon diorang nak bom... x ke gile name nye..... tapi yang paling saya geram nie..... masjid pun kena bom..... memang gampang..... lahanat tahap babi....selama2nya haram..... tapi kat malaysia lain plak cite nye...... PALESTIN menang beb... btol..... gua tak tipu....dua hari sudah.... pilihanraya kecil P36 kuala terengganu...... pakatan rakyat(rakyat sangat ke) yang diwakili oleh PAS menang mengatasi calon BN... bukan skit beb..... dulu time arwah datuk razali menang dulu kawan mat sabu pun majoriti 600 lebih je... skang nie.... menang.. majoriti dekt 2500 beb..... than mesti korang tertanya2 kan... ape kena-mengena PAS menang ngan palestin..... hurm itulah... "kamu semua nie kurang membaca lah"(ayat dr ramzah)... time kempen diorang haritu... "hero" pakatan rakyat....(konon)..... si anwar ibrahim.... suke2 hati nak sama kan BN cam israel.... Pakatan Rakyat cam palestin... konon nye selama nie diorang ditindas oleh BN.... tapi kalau kite pk2 balik..... sape yang tindas sape...... sepanjang kempen... Pakatan Rakyat.... yang kononnya palestin nie... sekonyong-konyongnye berkempen dengan mengutuk kerajaan... sebar fitnah ... kononnya calon BN nie..datuk wan farid kaki karaoke..... suke berfoya2....BN trok... tindas rakyat... duit subsidi minyak tak sampai ke rakyat... itu ini... bagi diorang diorang lah dewa.... bebas dari segala macam kesalahan dan konon2nye "maksum"..... bukan pilihanraya nie je.... masa pilihanraya umum mac lepas, kat permatang pauh... cam tu gak cite nye.....mengutuk, menghina.... segala yang x elok tu la BN.... yang indah, cantik, xde cacat cela.... ha tu PAKATAN RAKYAT..... hurm... saya pon terpikir..... ape yang hebat sangat kempem pembangkang nie.... sampai leh menang besar .... kire hebat juga la kan ..... atau mungkin memang dah peel masyarakat malaysia yang lebih gemarkan ceramah kempen jenis macam nie..... aduss.... mentaliti masyarakat kite.... ape yang diorang pk untuk pilih jadi wakil rakyat diorang pun saya tak tau... kalau nak tgk dari sudut profil calon.....datuk wan farid jaoh lebih baik dari mohd wahid endut.... tapi mungkin dari segi akademik je la... maybe pengalaman mengatasi segala2nya dalam dunia politik.... ye la... md wahid endut nie dah dekat 5 penggal jd adun kat wakaf mempelam.... berbanding dengan datuk wan farid....jadi for sure orang lebih kenal dan lebih banyak pengaruh..... tapi itubukan permasalahannya..... yang penting survival BN semakin hari semakin terdesak.... dan sebagai anak bangsa yang mencintai negara.... saya tak rela parti yang pernah membawa negara ke arah kemerdekaan dan memacu negara kerah kemajuan seperti sekarang menjadi pembangkang suatu hari nanti.... semoga BN terus relevan dan berdaya saiang demi survival bangsa di masa hadapan..... dan saya YAKIN dan PERCAYA... bahawa PAKATAN RAKYAT tak mampu untuk membela nasib MALAYSIA di masa akan datang apatah lagi nak membela nasib bangsa MELAYU macam saya.....





Saturday, January 17, 2009

palestinku......





Didalam keadaan fokus seluruh dunia yang lebih terjurus kearah kelahanatan rejim binatang zionis yang membedil sesuka mak bapak diorang perasan kononnye dioranglah pejuang keamanan dunia yang ditunjangi oleh amerika syarikat... kita semua saudara seislam seluruh dunia hanya mampu menghulurkan bantuan yang mungkin langsung tidak dapat membantu rakyat palestin.... berdemonstrasi, kutip tandatangan atas kain yang panjang berjela.... itu ini.... melalak tak tentu pasal..... namun dlam masa yang same diorang yang berada di palestin.... masih lagi diburu peluru-peluru sesat..... dihujani mortar... tanpa mengira tempat... mangsa..... masa dan segala-galanya..... namun itu sahaja sumbangan yang dapat kita hulurkan daripada pihak yang mungkin tidak dipedulikan langsung oleh kuasa kuasa besar dunia yan menganggap mereka lebih bertamadun dari kita.... (kononnye lah)..... tapi diharapkan dengan bantuan yang tak seberapa ini.... doa dan solat hajat.... wang kutipan... mampu meringan kan beban yang mungkin berjuta-juta paun yang ditanggung rakyat palestin..... semoga ALLah mengurniakan bantuannya seperti mana yang telah dikurniakan kepada tentera islam dahulu......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...